Arkib: Siaran Langsung

Dan Kegilaan Pun Berterusan: Siaran Langsung Penganugerahan Datuk Shah Rukh Khan

Dikemaskini oleh M pada October 23rd, 2008


Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam mengesahkan pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan akan tiba di Melaka pada 29 November depan untuk menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk.

Penganugerahan darjah tersebut akan disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-70 pada 11 Oktober lalu. – Utusan Malaysia Online

Adlin Aman Ramli & Nurul Syuhada Jadi Pengacara Anugerah Skrin TV3 2008

Dikemaskini oleh M pada October 23rd, 2008


Adlin Aman Ramli buat pertama kalinya akan bergandingan bersama Nurul Syuhada untuk mengacarakan Anugerah Skrin 2008.

Majlis yang turut memilih warna tema biru dan perak ini akan berlangsung pada 7 November ini, pukul 9 malam hingga 11.30 malam bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang dibawakan secara langsung oleh TV3.

ASK 2008 tidak pernah sunyi dengan persembahan-persembahan hebat daripada selebriti terkenal tanahair seperti Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Adibah Noor, Lah, Noryn Aziz dan Nikki.

Nantikan kemunculan istimewa dramatis tanahair iaitu Erry Putra,Adi Putra, Emelda Rosmila dan Faradhiya yang buat pertama kalinya bergandingan menyampaikan medley istimewa sambil berdansa dibawahtunjuk ajar koreografi terkenal, Sazlan Mat Adnan dan Pat Ibrahim. Persembahan mereka akan diiringi oleh kumpulan muzik bimbingan pengarah muzik terkenal, Aubrey Suwito.

Mawi & Ekin Kahwin 20 Disember (3 Kali Bersanding, Tanpa Pertunangan)

Dikemaskini oleh M pada October 21st, 2008


Penyanyi popular Asmawi Ani atau Mawi akan melangsungkan majlis pernikahan dengan Nora’Ashikin Rahmat yang mesra disapa Ekin, pada 20 Disember depan di negeri kelahirannya, Johor Bahru.

Mawi yang mengadakan sidang media khas bagi mengumumkan tentang perkahwinannya dengan bekas pelakon drama bersiri Kawan itu di Palace of Golden Horses sebentar tadi akhirnya menamatkan segala spekulasi tentang tarikh sebenar majlis bersejarah mereka itu yang mula menjadi topik hangat sejak pasangan tersebut mendedahkan kisah cinta mereka pada Mac lalu.

Pernikahan yang akan berlangsung di salah sebuah masjid di Johor Bharu itu akan diikuti pula dengan majlis persandingan oleh pihak perempuan di Stadium Tertutup Johor Bahru pada sebelah malam hari yang sama, manakala majlis resepsi di pihak lelaki pula akan diadakan pada 28 Disember di Dewan Felda Taib Andak, Kulai.

Dalam pengumuman tersebut, Mawi turut mengumumkan tentang majlis resepsi istimewa mereka di Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan bertarikh 11 Januari 2009. (Sumber: mStar Online)

(Lagi) Cerita Kahwin Mawi & Ekin: Astro Dapat Hak Eksklusif Penyiaran Majlis Perkahwinan

Dikemaskini oleh M pada October 12th, 2008

Berikut adalah petikan tulisan seorang wartawan yang mendapat maklumat dari orang dalam berkenaan hak penyiaran majlis perkahwinan Mawi & Ekin nanti:

Nampaknya ramai orang tertunggu-tunggu bila Mawi nak buat pengumuman tarikh bersejarah majlis perkahwinannya dengan Ekin. Yalah, sebelum ni kata Mawi dia nak buat pengumuman eksklusif itu selepas raya. Ni dah 12 hari kita menyambut Hari Raya, ramai juga yang bertanya bilakah tarikh yang dijanjikan itu?

Tapi yang Niezam nak ceritakan ini dalam sibuk-sibuk orang kata TV3 dapat hak eksklusif dan nak bayar juta-juta nak buat siaran langsung perkahwinan mereka pada bulan Disember nanti, rupa-rupanya stesen TV Astro yang dapat hak penyiaran itu.

Sumber tersebut datangnya dari orang dalam Astro sendiri yang mengakui mereka sudah dapat hak penyiaran tersebut.

“Majlis kahwin Mawi dan Ekin itu akan mendapat liputan secara langsung oleh salah satu saluran di Astro. Bukannya TV3 seperti yang orang gembar gemburkan sebelum ini,” kata sumber dalaman itu.

Khabarnya juga Astro akan bekerjasama dengan RTM untuk membenarkan saluran televisyen itu menyiarkan majlis berkenaan ke seluruh negara macam yang pernah mereka buat masa menemukan Mawi dan Ina Naim dalam satu program khas tak lama dulu.

Ketika itu pada waktu yang sama TV3 menyiarkan majlis persandingan Datuk Siti Nurhaliza dengan Datuk K di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Kiranya sekarang ni RTM dan Astro nak “berperang” semula dengan TV3 dari segi rating. Apa yang diharapkan dalam sibuk-sibuk nak berebut rating, jangan orang lain jadi mangsa sudahlah.

Masa kes Mawi dan Ina Naim dulu, siapa yang untung kalau tak Astro dan RTM? Yang menjadi mangsa keadaan akhirnya Mawi dan Ina sendiri.

Siapa yang betul-betul nak tengok majlis perkahwinan Mawi & Ekin angkat tangan!

Arkib

Anda sedang melayari arkib OHBULAN!.

Kembali Ke Muka Hadapan

Siapa di OHBULAN!

Tweet… Tweet…

Ikuti OHBULAN! →

Komen Terkini

  • kpt john: publisiti murahan,dah tk laku
  • eja: abang adi handsem gileee..saya peminat no 1 abang adi
  • Mako: what// beneran tuh cowok gay? astaghfirullaaaaaahhhh… udah gay, main perempuan juga!! double deh dosanya!
  • Mako: hahahaaa… sama sama. ngapain juga tuh cewek cantik cantik mau sm botak gundul!! banyak uangnya doang kali...
  • Mako: muka gilaa!!! main perempuan terusssss!!! parah deh, begini ni anak orang kaya, banyak tingkahnya. bapaknya...
  • antialimkucings: tl:dr eh lololo
  • dolly: saya pernah tinggal kat jepun kos hidup tinggi.bayangkan penduduk kat tak tahu cakap bahasa inggeris,tak tahu...
  • misz: dah memang perangai rakyat korang hampeh. tgk je yang protes2 sebab hal kecil. itu yang ko nak banggakan....
  • tencion: eh korang dok kutuk2 siti bwt per? ingat korang semua da bgus sgt ker? cermin la diri dulu nak kutuk die.....
  • Soda Zine: Yuna bukan setakat ayu sahaja. Malah amat berbakat dalam bidang muzik =)
Improve the web with Nofollow Reciprocity.