Sejak kemunculan Rozita Che Wan yang membuat kejutan dengan fesyen Arabian Night sempena Anugerah Skrin 2009 tempoh hari, tidak kurang ramai juga yang bercita-cita untuk meniru fesyen. Antara selebriti yang turut serta dalam fesyen yang kami sebutkan adalah Waheeda, isteri kepada Akhil Hayy.
Seorang paparazzi berjaya merakamkan fesyen terkini Waheeda yang kini lebih selesa berpurdah, sedikit sebanyak mencuri tumpuan umum, kerana sebelum ini beliau amat jarang sekali tampil berpurdah. Adakah fesyen ini atas saranan Akhil Hayy atau demam fesyen Rozita Che Wan? Kami pun tidak pasti…
Dapatkan Update Paling Rahsia
Update paling rahsia, tiada dalam blog, dan paling penting anda orang pertama!
“Tak mengapalah. Biar mereka (Akhil dan Maiza) selesaikan. Kita tunggu saja 2 Jun ini…kebenaran akan terungkai juga,” luah Waheeda dalam nada perlahan, sambil enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut.
Begitu’lah kenyataan Waheeda dalam akhbar online Mstar yang di’terbit’kan pada 29 Mei lepas. Hari ini, segala kekusutan gosip percintaan’nya bersama Akhil Hayy kepada pihak media akan terbongkar jua. Rasa-rasa’nya, apakah kenyataan yang bakal di’keluar’kan oleh Waheeda? Jom kita berspekulasi…
Serius, isteri Akhil Hayy tampak lebih cantik + smoking hot berbanding Waheeda yang entah apa-apa itu. Hari ini, beliau hadir untuk sesi tembual bagi segmen ‘Ditinggal Suami’ yang mendedah’kan cerita di’sebalik kisah cinta antara Akhil Hayy & Waheeda. Sebelum ini, kita kerap di’hujani dengan penafian hubungan oleh mereka berdua. Rasa’nya, tiada lagi maklumat yang boleh kita percayai selain daripada isteri Akhil Hayy sendiri. OHBULAN! ternanti-nanti apakah penjelasan seterus’nya oleh Waheeda, mungkin’kah beliau masih menafi’kan dakwaan Maizawati?Andai kata ia betul-betul berlaku, memang kami tergelak besar.
*Dengar cerita, isteri Akhil Hayy membuat pendedahan kisah cinta Akhil Hayy & Waheeda dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O, Tv9. OHBULAN! masih menunggu TV9 untuk mengemaskini rakaman rancangan tersebut. Tunggguuu…
Gara-gara gosip bersama Waheeda, isteri ‘role-model’ Astro Oasis dikatakan mahu berpisah
MENERUSI B*Pop Ahad lalu (17 Mei), di ruangan ini, Zubir ada memaparkan gosip berjudul Waheeda, Akhil Hayy terus bersandiwara. Antara lain ia mengisahkan kontroversi yang berlaku antara bekas penyanyi rock yang kini menjadi pendakwah bebas dan ‘role-model’ Astro Oasis, Akhil Hayy bersama pelakon, pengacara serta penyanyi irama padang pasir, Waheeda yang dikatakan sedang hangat bercinta, sekalipun mereka acap kali membuat penafian bukan pasangan kekasih, jauh sekali sudah mendirikan rumah tangga. Teruskan Membaca →
BERCERAMAH dalam bangunan pakai cermin mata hitam. Itulah cerita yang disampaikan seorang teman kepada SS. Pada mulanya SS tidak ambil kisah, apa salahnya pakai cermin mata hitam.
Tapi kata teman itu, apa sebenarnya yang cuba disorokkan penceramah itu di sebalik cermin mata hitamnya. Itulah yang menariknya.
Katanya, hendak kata mata silau dari sinaran matahari, hari dah malam.
Ini adalah apa sebenarnya yang terjadi mengikut cerita Waheeda. Mereka menonton wayang yang berbeza & sekali lagi menyatakan mereka memang belum berkahwin.
#1 Waheeda dan Akhil Hayy menonton wayang pada sebelah malam dan rancangan itu dilakukan pada saat akhir. Waheeda sepatutnya ditemani kawan baiknya, Naurah. Namun Naurah tidak dapat datang pada saat akhir.
#2 Menurut Waheeda, mereka menonton filem berbeza dalam berlainan panggung. Akil menonton filem IP Man pada jam 11.55 malam manakala Waheeda menonton filem KM 31 pada 12.10 tengah malam.
#3 Mereka datang menaiki kereta milik Waheeda kerana kereta milik Ustaz Akhil mengalami kemalangan teruk di Putrajaya.
#4 Sebelum menonton wayang pilihan masing-masing, Waheeda mengakui yang dia agak keletihan dan hampir hilang mood untuk menonton wayang hingga membuatkan dirinya membuat keputusan untuk menunggu saja Akhil dalam keretanya sementara menunggu filem IP Man habis ditayangkan. Teruskan Membaca →
Al-kisahnya, seorang wartawan Murai ini pergi menonton tayangan tengah malam wayang hantu Spanish, KM31. Selepas wayang habis, maka teranglah panggung itu & ketika itulah orang ramai terperasan akan kehadiran Ustaz Akhil Hayy bersama Waheeda.
Kejadian ini berlaku di 1 Utama, Petaling Jaya. Selepas perasan akan mata orang ramai yang memandang, Ustaz Akhil Hayy di’lihat berjalan jauh dari Waheeda ke tempat letak kereta. Mahu cover line mungkin, tapi sudah terlambat.
Pelik juga OHBULAN! kerana jika mereka belum bernikah (seperti yang mereka nafikan), apa yang mereka buat berdua-duaan menonton wayang di tengah malam?
Kalau sudah bernikah, mengaku sahajalah Ustaz Akhil Hayy & Waheeda. Bukan peminat mahu marah, malah timbul pula cerita kurang enak begini.