berita

Tahniah! Eira Syazira Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

January 11th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Tahniah!  diucapkan buat pasangan Azad Jazmin dan Eira Syazira kerana telah selamat menimang cahaya mata sulung mereka awal pagi tadi sekitar jam 8.50 pagi.

Berita gembira ini telah dikongsikan oleh Azad sendiri menerusi akaun Twitter milik Eira dan nampaknya Azad begitu teruja tatkala dirinya bergelar seorang bapa.

Wah, nampaknya anak Eira dan Azad berkongsi tarikh lahir yang sama dengan Dato’ Siti Nurhaliza hari ini.

Dalam pada itu, beberapa jam sebelum Eira selamat melahirkan bayi perempuannya, Azad telah memuat naik status dengan menyatakan yang dirinya merasa gementar ketika menantikan kelahiran cahaya mata sulung tersebut.

Untuk makluman, sebelum ini pihak OHBULAN! pernah menemubual Eira Syazira mengenai kandungannya dan sewaktu berada dalam pantang, pelakon ini difahamkan akan berada dibawah jagaan ibunya sendiri di Putrajaya.

SKIP THIS AD ×