berita

Tahniah! Lisdawati Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

June 16th, 2014 | by Ai
Lensa Insta

Launching-HITHAM-with-fashion-designer-172-950x633

Berita baik di pagi hari! Akhirnya, yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Selebriti yang juga merupakan isteri kepada Fauzi Nawawi iaitu Lisdawati telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga.

Pelakon yang tak lekang dihimpit kontroversi itu telah dimasukkah ke wad bersalin di hospital Selayang dan melahirkan bayi lelaki secara normal.

Kalau nak tahu, pasangan ini telah dikurniakan bayi lelaki yang sangat comel dan diberi nama Ahmad Nur Fyrdaus. Wah, sedap betul nama.

anak lisdawati

Malah, Fauzi turut melahirkan rasa syukur diatas kelahiran anaknya itu. Bukan itu sahaja, aktres seksi Lana Nordin juga turut teruja dengan kelahiran bayi ini. Maklum sajalah Lisda dan Lana kan bestfriend.

Sekadar mengimbas kembali, Lisdawati dan Fauzi telah selamat bernikah pada 9 September 2007 dan dikurniakan tiga anak iaitu Nur Aina Farhana, Nur Aina Fazneesya dan Ahmad Nur Fyrdaus.

Apapun, kami doakan Lisda dan suami sentiasa bahagia dan tahniah atas kelahiran baby baru ya. Kepada peminat setia OHBULAN! jom intai sikit foto terbaru aktres ini.

SKIP THIS AD ×