Laman Utama » Berita Terkini

Sebelum itu, minta maaf kerana terlambat sedikit berkongsi cerita gembira ini. Lama tidak mendengar khabar dari Mawi & Ekin kan? Selepas majlis perkahwinan mereka yang berlangsung lebih 3 tahun yang lepas pada tahun 2008, kini Mawi & Ekin telah pun dikurniakan cahayamata mereka yang pertama pagi tadi.

Menurut rakan-rakan media, Ekin selamat melahirkan bayi perempuan pada jam sekitar pukul 4 pagi di sebuah hospital di Bangi. Difahamkan, bayi mereka dilahirkan secara normal dan berat ketika lahir adalah 2.8 kilogram.

Sebelum ini sudah 2 kali Ekin mengalami keguguran dan kini mereka berdua sudah boleh bergembira kerana dikurniakan Tuhan cahayamata. Masih tidak dapat dipastikan nama bayi Ekin dan Mawi ini, tapi majlis kesyukuran akan diadakan dalam masa terdekat.

Apa pun, tahniah kami ucapkan dari OHBULAN!

Respon Pengomen Tegar Tersayang

Ini adalah blog awam. Komen yang tidak sesuai akan dipadamkan. Sila baca polisi Syarat Interaksi Komen. Dengan meninggalkan komen, anda telah pun bersetuju dengan polisi tersebut. Semua komen terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia. IP anda akan dilog untuk tujuan undang-undang.

Lagi Artikel OHBULAN!

Tips Snap & Print Foto Kenangan Dengan Mudah!