berita

Tahniah : Scha & Awal Syukur Cahaya Mata Sulung Selamat Dilahirkan. It’s A Girl!

July 23rd, 2014 | by Ai
Kini Trending

GUA_Awal_Scha_default_478998962

Yeayyy! Yang dinanti sudah tiba. Sebentar tadi pengacara dan pelakon popular, Awal Ashaari mengesahkan bahawa isterinya, Scha Alyahya telah selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka.

Nak tahu jantina dia apa? Dah tentulah perempuan seperti yang diberitahu sebelum ini. Kalau korang nak tahu, Awal telah memuat naik sekeping foto melalui Laman Instagram untuk memberitahu khabar gembira ini.

Tapi, Awal belum tunjuk lagi foto sebenar anaknya, Hanya gambar jari si comel ini saja yang dikongsi dengan kapsyen yang meluahkan rasa syukur.

Screen Shot 2014-07-23 at 11.50.53 AM Screen Shot 2014-07-23 at 11.51.35 AMKami difahamkan, Scha selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.17 kilogram pada petang semalam di Prince Court Medical Centre. Khabarnya, kondisi baby dan Scha kedua-duanya baik.

Dalam pada itu, melalui Instagram Scha pula, di turut meluahkan rasa syukur kerana selamat melahirkan. Pasti menitis air mata kegembiraan Scha saat menatap wajah anaknya kan?

Kami pasti, bukan OHBULAN! je yang teruja nak tengok baby Schawal, korang pun mesti dah tak sabar kan? Jangan risau, jika ada foto anak mereka nanti, pasti kami akan update.

Rasanya-rasaya apa nama little princess ini nanti ya? Sama-sama kita nantikan. Apapun, kami ucapkan tahniah kepada pasangan ini. Pada Scha, selamat berpantang gorgeous!

SKIP THIS AD ×