berita

Tahniah, Yasmin Hani Kini Hamil!

May 28th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

yasmin hani

Yasmin Hani atau lebih mesra disapa Hani dengan sukacitanya memilih hari ini untuk memberitahu kepada semua peminatnya yang dia kini berbadan dua.

Hani telah memuat naik gambar dia bersama suami ke laman Instagram miliknya menunjukkan ‘baby bump’ yang semakin terserlah. Hani juga melahirkan rasa syukur dengan khabar gembira yang diterimanya.

Melalui gambar itu, Hani mendedahkan yang kandungannya kini baru berusia 16 minggu dan berharap para peminat mendoakan kesejahteraan bayi yang bakal lahir serta kesejahteraan mereka suami isteri.

Screen Shot 2013-05-28 at 14.26.55

Comel kan gambar ni?

Hani menamatkan zaman bujangnya bersama Shaarin Razali yang juga bekas suami Ida Nerina pada bulan Oktober 2011. Pelakon dan pengacara ini memilih Shaarin kerana mereka saling melengkapi dan berkongsi minat yang sama.

Untuk pengetahuan semua, suami Hani adalah bekas pemain dram Black Rose dan juga abang kepada pelakon dan pengacara, Qi Razali.

Akhirnya setelah dua tahun mendirikan rumah tangga, mereka bakal menimang cahayamata tak lama lagi. Marilah kita doakan yang baik-baik untuk si ibu, bayi dan seluruh keluarganya. Tahniah sekali lagi kami ucapkan!

SKIP THIS AD ×