berita

Tak Ada ‘Duit’ Punca Malaysia Gagal Latih Atlet Badminton Dengan Baik – Luahan Datuk Misbun Sidek

August 22nd, 2016 | by Ai
Kini Trending

bun3.1

Ramai yang memuji kegigihan Dato Lee Chong Wei ketika bermati-matian memburu pingat emas di Sukan Olimpik Rio 2016 baru-baru ini. Sekalipun meraih pingat perak, beliau telahpun dianggap sebagai wira negara dan menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia. Tahniah Dato’!

Walaupun Dato Lee Chong Wei merendah diri dan memohon maaf kerana gagal meraih emas, ramai mengatakan ianya tidak perlu kerana umum mengetahui betapa susahnya perjalanan dan pengorbanan yang terpaksa dibuat oleh beliau. Kali ini, jurulatih yang mencungkil bakat beliau iaitu Datuk Misbun Sidek tampil membuat kenyataan isu masa depan badminton negara. Jom baca!

Dia tidak bersalah

bun1

Menurut beliau, Datuk Lee Chong Wei tidak bersalah, sebaliknya Malaysia kekurangan sistem latihan atlet handalan yang sempurna dan maju. Beliau juga menambah, punca utama Malaysia tidak mampu melahirkan atlet pingat emas disebabkan masalah “duit” yang menyebabkan negara tidak dapat melatih atlet handalan negara seperti cara China melatih Lin Dan dan Chen Long.

“Lapan tahun lalu, saya pernah menyuarakan masalah sistem latihan negara ketinggalan zaman, tetapi ia tidak diterima,”

Pernah dipelawa jadi jurulatih China

bun2

Datuk Misbun Sidek juga pernah dipelawa oleh Ketua Jurulatih Badminton China, Li Yongbo untuk melawat pusat latihan mereka dan beliau sememangnya kagum dengan saiz dan kecanggihan pusat latihan mereka. Katanya lagi, China menggunakan cara melatih pejuang masa depan untuk melatih Lin Dan, di mana bekas juara dunia itu mempunyai sebuah pasukan bantuan terdiri daripada tujuh anggota yang akan memberi latihan fokus, termasuk dari segi kualiti psikologi, kecergasan fizikal dan pemakanan. Fuh, lengkap semuanya tu!

Tiada pengganti Dato LCW

Malaysia's badminton shuttler Lee Chong Wei (L) gets a massage from coach Misbun Sidek during a physical training in Kuala Lumpur July 24, 2008. Lee holds one of Malaysia's best shots at a gold medal since the country first sent athletes to the Olympics 52 years ago, but the badminton shuttler says pressure is not a problem -- yet. With two weeks to go before the Beijing Games begin, the world No. 2 told Reuters hard-core physical training had ended and he was now getting mentally prepared to face the best badminton players in the world. REUTERS/Zainal Abd Halim (MALAYSIA)

China menurut Datuk Misbun mempunyai Chen Long sebagai pengganti Lin Dan, tetapi Malaysia masih tiada pelapis yang mampu menggantikan Dato’ Lee Chong Wei yang juga pernah dilatihnya selama 10 tahun.

“Masa Chong Wei bertemu Chen Long, kekuatan fizikal sudah banyak dihabiskan (ketika melawan Lin Dan). Tambahan, tiada orang yang memberi ‘petunjuk emas’ untuk beliau mengimbau kembali kesilapannya dalam Olimpik lalu dan pertandingan besar lain, galakan psikologi, mencari cara untuk menang serta menjalani latihan fokus”

Sumber: FMT

SKIP THIS AD ×