berita

Tak Banyak Memori Bersama, Nora Danish Terkenang Arwah Bapa

July 30th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen-Shot-2014-06-26-at-10.05.13-PM-630x361

Disaat kita gembira menyambut hari lebaran, jangan dilupakan pada yang tiada. Kalau kita lihat,  dipagi hari raya pasti ahli keluarga akan menziarahi pusara untuk memanjatkan doa kan?

Namun, tak semua orang bernasib baik dan berpeluang menziarahi kubur orang kesayangan mereka tau! Iyalah, kadang-kadang ada juga yang dikebumikan jauh dari keluarga.

Bagi pelakon jelita, Nora Danish, dia tak kisah jika tidak dapat melawat pusara arwah bapanya, asalkan doanya sentiasa mengiringi tak kira dimana dia berada.

FV2-047-EditFA-630x502

Kalau korang nak tahu, Nora kehilangan bapanya sejak dia berusia 12 tahun lagi. Malah, setiap kali menjelangnya Aidilfitri, dia tidak berpeluang untuk menjenguk pusara arwah bapanya.

Keluarga Nora tak lawat pusara pun, kebiasaannya lepas sembahyang raya terus menziarah keluarga terdekat sebab kubur arwah ayah jauh di Seattle, USA. Tapi tak apalah, orang kata kalau tak ziarah tak apa, asalkan kita doakan mereka.

Menurut pelakon yang popular dengan tagline ‘kita enjoy’ ini, dia mengakui kadang-kala terbit rasa rindu pada bapanya memandangkan mereka tak banyak memori bersama.

Nora dengan arwah bapa tak banyak kenangan, jadi Nora tak berapa ingat sangat, Nora tak ada memori langsung dengan dia.

Itulah yang sedihnya. Tak tahu karakter dia macam mana, tak tahu cara dia cakap semua tak tahu langsung. Yang ada cuma apa yang mak Nora cakap sahaja.

Sedih kan? Tak apalah Nora, mungkin apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Titipkan doa yang tak putus-putus dan semoga arwah ditempatkan disisi orang-orang beriman.

Eh, nak tahu Nora beraya dimana tahun ini? Nora akan berada di Kuala Lumpur sahaja. Seperti biasa, Nora akan menyambut syawal bersama keluarga dan kemudian akan bercuti sebelum sibuk kembali dengan jadualnya yang padat.

SKIP THIS AD ×