berita

Tak Boleh Guna Untuk Manfaat Peribadi – Mufti Wilayah Persekutuan Perjelas Isu Pecah Amanah Wang Anak Yatim

October 19th, 2016 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

mufti-jawab

Kakak kepada mangsa nahas Lebuhraya DUKE dalam satu sidang media semalam mendakwa adik bongsunya, Faiznurr ‘pecah amanah’ wang sumbangan pemberian orang ramai kepada kedua anak saudara. Alasan diberi setelah merujuk kepada Mufti Wilayah katanya, duit yang diberi orang ramai adalah harta dan hak mereka sebab ada dalam akaun atas nama mereka sendiri, bukan untuk budak-budak ini.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Buat Keputusan Untuk Bawa Ke Muka Pengadilan’- Didakwa ‘Sapu’ Wang Derma Orang Ramai, Ini Respon Faiznurr

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri juga telah memuatnaik status menegaskan bahawa ibu atau bapa saudara hanya sebagai pemegang amanah dan hendaklah berlaku jujur.

Hanya RM12k diberikan kepada anak-anak ini

screen-shot-2016-10-19-at-3-00-44-pm

KENYATAAN RASMI ISU ANAK MANGSA KEMALANGAN DUKE

1. Kami menerima laporan di media-media sosial berkenaan luahan kekecewaan Puan Yusnidah Hussain, kakak kepada almarhum Fairuz Nizam, yang menjelaskan bahawa dua anak saudaranya iaitu anak kepada adiknya, hanya mendapat RM12,000 berbanding sumbangan orang ramai yang terkumpul kira-kira RM300,000.

2. Jumlah wang kira-kira RM300,000 itu dilaporkan dimasukkan ke dalam akaun adik-adik kepada Puan Yusnidah Hussain. Pada sidang media baru-baru ini, Puan Yusnidah Hussain memaklumkan bahawa wang tersebut tidak sampai ke tangan anak-anak yatim ini untuk digunakan bagi perbelanjaan sekolah dan harian.

3. Antara alasan yang dinyatakan oleh adik-adik kepada Puan Yusnidah Hussain adalah mereka telah merujuk kami, selaku Mufti Wilayah Persekutuan dan dikatakan bahawa kami menyatakan yang duit yang diberi orang ramai adalah harta dan hak mereka kerana ianya adalah akaun atas nama mereka sendiri, bukan anak-anak ini. [Rujukhttp://www.mynewshub.cc/…/adik-bongsu-mangsa-nahas-duke-di…/]

4. Sebenarnya, memang kami ada menziarah keluarga ini sebagai tanda simpati beberapa hari selepas tragedi berkenaan. [Rujukhttps://goo.gl/QOUO3O]. Ada yang bertanyakan kepada kami tentang keharusan penggunaan wang sumbangan orang ramai untuk keperluan (maslahah) anak-anak yatim itu sendiri.

Ibu/bapa saudara hanya sebagai pemegang amanah

5. Kami dengan tegas menyatakan bahawa bapa saudara atau ibu saudara HANYA SEBAGAI PEMEGANG AMANAH (TRUSTEE/MUTAWALLI) di mana hak pengurusan (tasarruf) wang berkenaan adalah TERTAKLUK KEPADA KEPERLUAN (MASLAHAH) DAN SUMBANGAN/SEDEKAH kepada kedua anak yatim berkenaan, dan diuruskan dengan penuh KEJUJURAN dan rasa TANGGUNGJAWAB. Itulah yang kami maksudkan kepada pihak yang bertanya. Bukannya wang itu sepenuhnya menjadi hak milik pemegang amanah dan boleh digunakan untuk manfaat peribadi dengan sewenang-wenangnya.

6. Justeru, kami akan menjelaskan hal ini dengan lebih lanjut dalam Bayan Linnas, insyaAllah dalam masa terdekat. Buat masa sekarang, lebih baik kita semua menunggu keputusan daripada pihak berwajib. Wallahua’lam.

Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan.

sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×