berita

Tak Dipandang Lelaki Kerana Berkulit Gelap, Wanita Ini Luah Rasa Rendah Diri

May 25th, 2016 | by Ai
Kini Trending

covergirls bully blur

Sudah menjadi norma masyarakat kita menilai kecantikan berdasarkan warna kulit yang cerah dan tanpa cela. Sebab itulah terjadinya lambakan produk-produk kecantikan untuk memutihkan kulit  di pasaran. Ramai orang berlumba-lumba untuk kelihatan putih dan ‘cantik’.

Gadis ini sering berasa rendah diri berhadapan dengan orang ramai kerana berkulit gelap sehingga mencuba produk kecantikan untuk mencerahkan kulit dengan segera. Tapi apa yang terjadi selepas itu?

Insecure Dengan Orang Flawless

malu21

Assalamualaikum dan hai semua. Saya seorang gadis yang berkulit agak gelap. Kawan-kawan saya ramai yang putih flawless cantik.. Menyebabkan saya agak rasa rendah diri bila berjalan dengan mereka. Saya akui saya juga nak jadi cantik, putih, flawless.. Saya pernah cuba skincare yang 2 minggu je dah boleh putihkan kulit. Memang berkesan. Masa tu memang ramai lah yang cuba ngurat saya. Jadi hot stuff sekejap, hahaha. Tapi disebabkan tu, saya jadi riak dengan diri sendiri. Yela, kalau berjalan dengan kawan-kawan dan yang kena ngurat kita je. Maksudnya kita lah paling cantik antara semua kan.. Jadi timbullah rasa riak, bangga dengan kecantikan diri..

Kulit Makin Gelap!

Lepas tu saya stop pakai skincare tu sebab saya rasa dah okey dah kulit camtu, tak nak putih lagi.. Tapi Allah uji saya.. Lepas saya berhenti pakai tu, jerawat terus mendadak naik kat muka saya. Kulit makin gelap. Oh rupanya sebab skincare saya tu banyak bahan kimia. Masa tu, saya malu sangat-sangat nak berdepan dengan orang. Saya jadi makin rendah diri. Ramai orang tegur saya termasuklah lecturer, makcik-makcik cleaner semua.. Malu sangat masa tu. Lelaki jangan cakap lah.. Memang tak pandang langsung saya masa tu. Sedih gak la kan.. Pastu saya jumpa sorang lecturer yang boleh dikatakan bersifat keibuan..

Saya luahkan kat dia pasal saya malu, takde keyakinan diri semua.. Pastu ayat dia yang paling saya ingat dan terkesan kat hati saya ni.. Dia kata “Alaa tak payah la fikir sangat. Awak tengok Bilal bin Rabah.. Walaupun dia berkulit gelap tapi Allah sayang dia.” Lepas saya dengar ayat tu, saya terus rasa lega, tenang.. Masa tu saya nekad.. Saya nak cantik pada pandangan Allah. Saya tak peduli dah pandangan manusia. Saya mula dekatkan diri pada Allah. Alhamdulillah lepas tu hidup saya tenang.. Allah bantu pulihkan muka saya. Alhamdulillah sekarang muka saya dah elok, jerawat halus-halus je. Masih lagi gelap tapi tak segelap dulu.

Ada Hikmah…

Saya ada kawan yang putih flawless ni.. Saya tengok ramai yang minat kat dia, yang ngurat dia.. Dia pun selalu layan laki-laki tu. Katanya kawan je. Pernah saya nasihat dia, jangan layan sangat. Tak baik. Tapi dia buat tak endah. Dia kata saya jealous. Allahu.. Saya tak jealous langsung. Malah saya bersyukur. Disebabkan kulit saya begini, lelaki tak minat saya, tak pandang saya.. Dan disebabkan ini, saya mampu jaga ikhtilat. Mampu elak dosa-dosa couple tu semua. Alhamdulillah.. Saya hanya mampu doakan kawan saya tu agar dia mendapat hidayah Allah.

Dan sebenarnya sekarang.. Ada seorang lelaki yang sedang mula rapat dengan saya (dah berjumpa dengan keluarga saya). Dia sentiasa buatkan saya yakin pada diri. Dia sentiasa kata yang saya ni wanita yang paling cantik selepas ibu dia. Sebab dia kata dia tengok saya pakai mata hati dia. Saya kenal kawan-kawan perempuan dia. Tak dinafikan kawan-kawan perempuan dia cantik-cantik, putih, flawless.. Sampai kadang-kadang saya sendiri rasa tergugat. Tapi dia selalu yakinkan saya yang saya cantik dengan gaya tersendiri. Dan dia hanya tertarik pada saya. Dia terima saya seadanya. Dan inshaAllah, hujung tahun ni kami akan berkahwin. Alhamdulillah.. Doakan kami ye!

Pada gadis-gadis berkulit gelap, jangan bersedih ye.. Banyak hikmahnya kenapa kita dijadikan begini. Yang penting.. cantikkan diri anda pada pandangan Allah dulu. Okey.

Sumber: IIUMC

SKIP THIS AD ×