berita

Tak Persoal Periuk Nasi Orang Lain, Amy Search Mahu Peminat Minta Kebenaran Sebelum Beriklan

April 4th, 2014 | by Ai
Kini Trending

KHA_2536

Baru-baru ini, timbul isu peminat mempertikai tindakan penyanyi lagenda rock negara, Amy Search memuat naik sekeping foto ‘Maaf, Saya Terpaksa Block’ dan seolah-olah meminta orang ramai menghormati laman Instagram miliknya.

Artikel Berkaitan: Maaf, Saya Terpaksa Block – Peminat Pertikai Tindakan Amy Search Di Instagram

Susulan itu, ramai peminat Amy mempersoalkan caption foto tersebut dan mendakwa tindakannya itu mengganggu punca rezeki peminatnya.

Bagaimanapun, Amy ketika ditemui di sidang media Konsert Stanza Cinta di Istana Budaya menjelaskan dia hanya memuat naik semula foto milik rakannya yang melahirkan rasa kurang senang terhadap pihak tertentu.

KHA_2527

Amy berkata, dia tiada niat untuk menutup periuk nasi orang lain, tetapi mengakui lambakan iklan di laman Istagram, sedikit sebanyak membuatkan dia rimas.

Saya repost balik apa yang rakan saya post. Tak kisahlah orang nak marah, sebab saya sendiri cuba support perniagaan mereka. Tetapi jangan la sampai annoying sangat.

Nak beriklan boleh, tetapi sekurang-kurangnya mintalah kebenaran. Mereka harus hormat laman sosial orang lain.

Tambahnya, dia tidak kesal dimarahi peminat kerana dia turut mengalami situasi yang sama dan bersetuju dengan status rakannya itu.

Jika orang lain berbuat demikian dilaman sosial milik mereka, pasti mereka tak suka juga. Apapun, mintalah izin dulu, itu lebih bagus.

Dalam perkembangan terbaru, selain bakal menjayakan Konsert Stanza Cinta, penyanyi lagenda kesayangan ramai ini sedang sibuk merakamlan lagu bagi album solo terbaru yang bakal dipasarkan selepas Raya Aidilfitri nanti.

SKIP THIS AD ×