berita

Tak Terbalas Pengorbanan Awak – Ucapan Saharul Ridzwan Kepada Isteri Selamat Lahirkan ‘Khalifah Comel’

June 7th, 2017 | by Wan
Lensa Insta

Isteri kepada pelakon Saharul Ridzwan iaitu Qaabila Deena Emir selamat melahirkan seorang bayi lelaki petang semalam di sebuah pusat perubatan di ibu kota.

Saharul Ridzwan menerusi akaun Instagram miliknya meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada isterinya kerana melahirkan zuriat pertama mereka.

Alhamdulillah. Terima kasih @deenaemir wahai Isteriku. Sy ada bersama awak dlm berjihad mengarung nyawa demi satu nyawa yang amat penting dalam keluarga kita. Tak terbalas pengorbanan awak. Terima kasih kerana menjadi seorang yang faham diri saya.

I love you so much sayang @deenaemir and welcome baby kesayangan semoga menjadi anak yang soleh yang tidak akan tinggalkan kami sewaktu hari tua kami. Aaminn. ?

Tahniah kepada Saharul Ridzwan sebab dah bergelar bapa! Moga anak kesayangan Saharul Ridzwan nanti membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh!

Khalifah comel

SKIP THIS AD ×