berita

Takutkan Peristiwa Disihir Berulang, Black Tak Mahu Heboh Mengenai Kandungan Isteri

June 30th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-06-29 at 10.22.25 PM

Kami pun pada mulanya pelik apabila isteri kesayangan Black, Cira Khairi enggan komen lanjut apabila ditanya mengenai kebenaran dakwaan bahawa dia sedang hamil.

Artikel Berkaitan: Sumber : Black & Cira Bakal Timang Cahaya Mata Pertama?

Namun, pada masa yang sama Black dilihat bagaikan memberi hint bahawa isterinya itu kini sedang mengidam macam-macam dek kerana pembawaan bayi.

Rupa-rupanya menerusi rancangan Melodi, Black menjelaskan bahawa niat mereka suami isteri tidak mahu menghebahkan perkara tersebut adalah kerana mahu mengelak daripada terkena ilmu sihir buat kali kedua.

Screen Shot 2014-06-29 at 10.29.33 PM

Antara hint yang dikongsi oleh Black di laman Instagramnya

“Bila saya nak share, saya takut sebab zaman sekarang pelik sikit . Wife saya kini dah berbadan dua tapi saya tak nak hebohkan sangat sebab baru lagi. Tunggu scan la baru saya boleh confirm kan.

Berita baik memang saya nak kongsikan sangat dengan peminat saya. Tapi dalam pada masa yang sama saya kena berhati-hati sebab sebelum ini saya dah pernah kena.

Tak tahulah orang nak percaya atau tidak dengan benda-benda ilmu sihir yang jahat ini, tapi kami dah pernah kena dan saya perlu jaga isteri saya elok-elok.”

Betul juga kata Black tu. Al-maklumlah, sekarang ni memang ramai orang yang tak boleh lihat orang lain bahagia dan lebih sikit daripada mereka kan.

“Kita tak tahu kan hati orang ni, luar baik, dalam hitam, tak semua orang ikhlas nak berkawan degan kita. Sama juga dengan wife saya, dia pun banyak kawan.

Mungkin kisah-kisah silam dia atau saya yang beri ujian buat kami. Sampai satu masa aaya akan panggil semua dan beritahu wife saya pregnant berapa bulan dan sebagainya.”

Katanya lagi, Cira sekarang ni memang tengah mengalami ‘morning sickness‘. Selalu letih, nak tidur dan mengidam. Apa-apapun, tahniah diucapkan buat Black dan Cira! Semoga kehidupan mereka akan lebih bermakna dengan kehadiran orang baru kelak.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×