berita

Tan Sri Michelle Yeoh Hiasi Edisi Pertama Elle Malaysia Di Usia 50 Tahun

February 27th, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

Screen Shot 2014-02-27 at 1.20.51 PM

Seiring dengan identiti Tan Sri Michelle Yeoh yang segar dan berdikari, Elle Malaysia telah membuat keputusan yang tepat apabila menampilkan selebriti Hollywood kelahiran Malaysia itu sebagai cover girl pertama mereka.

Dalam temubual eksklusif untuk edisi pertama itu, aktress yang masih tampak anggun walaupun sudah berusia 50 tahun ini telah berkongsi tentang kepentingan wanita di Malaysia untuk menjadi individu yang berjaya dan berpengaruh.

Screen Shot 2014-02-27 at 11.04.54 AM

Edisi pertama Elle Malaysia

Menggayakan koleksi busana terbaru daripada Christian Dior Spring/Summer 2014, beliau juga telah dibawa terbang ke ibu kota fesyen, Paris untuk menjalani sesi penggambaran.

Sementara itu, majlis pelancaran majalah berkenaan telah dilangsungkan dengan meriah di Zebra Square dan turut dihadiri oleh ramai selebriti popular, pereka fesyen dan sosialis terkemuka. Antaranya ialah Ning Baizura, Awal Ashaari, Sazzy Falak dan Nurul Depp.

Elle Malaysia edisi pertama ini mempunyai 308 halaman yang merangkumi kolum kecantikan, fesyen, budaya dan gaya hidup. Malah, kini ia juga telah diwujudkan dalam bentuk atas talian dan aplikasi percuma My Elle yang boleh dilayari menerusi iOS dan android.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×