berita

Tangani Jiran Nakal Sekacak Zac Efron, Filem Bad Neighbors Saji Komedi 18SX

May 8th, 2014 | by Noraniza
Filem Antarabangsa

 

Screen Shot 2014-05-08 at 3.56.16 PM

Apa agaknya tindakan anda jika rutin harian bersama keluarga di rumah terganggu dek kerana terpaksa menghadapi sikap jiran tetangga yang tidak bermoral?

Diubahsuai daripada jalan cerita filem Neighbors (1981), perang dingin antara sekumpulan remaja nakal dan sebuah keluarga ‘sempurna’ menjadi modal utama filem Bad Neighbors yang sudah mula ditayangkan pada hari ini (8 Mei 2014).

Walaupun memaparkan adegan dan komedi berunsur 18SX, pengarah terkemuka Nicholas Stoller dilihat mengatur langkah bijak untuk mempertaruhkan pelakon kegilaan ramai, Zac Efron sebagai teraju utama.

Screen Shot 2014-05-08 at 3.57.12 PM

Kehidupan Mac Radner dan Kelly Radner selepas kehadiran Stella

Kisah bermula apabila Mac Radner (lakonan  Seth Rogen) dan Kelly Radner (lakonan Rose Byrne) merasakan bahawa rutin kehidupan mereka mula berubah semenjak memiliki anak kecil.

Dengan harapan mahu menjadi ibu bapa yang terbaik untuk bayi comel bernama Stella, Mac dan Kelly terpaksa melupakan keseronokan mereka semasa zaman remaja.

Screen Shot 2014-05-08 at 3.56.57 PM

Kelly dan Mac mengalukan perpindahan Teddy dan kumpulan fraternity sebagai jiran mereka

Malangnya, perpindahan Teddy Sanders (lakonan Zac Efron) dan kumpulan fraternity kolej sebagai jiran mereka telah menyebabkan keharmonian rumahtangga Mac dan Kelly terganggu.

Malah, masalah besar dilihat mula timbul apabila Teddy yang juga merupakan ketua bagi rumah fraternity itu sering menganjurkan parti liar yang sudah semestinya melibatkan dadah, seks bebas, alkohol dan sebagainya.

Screen Shot 2014-05-08 at 3.57.47 PM

Teddy dan kumpulan fraternity menganjurkan parti liar

Kurang senang dengan situasi yang berlaku, pasangan suami isteri itu seterusnya merancang pelbagai taktik untuk meng’halau’ kumpulan fraternity tersebut.

Dek kerana ego yang tinggi dan ingin mencatat nama di papan fraternity ‘wall of fame‘, Teddy tekad untuk membalas dendam kepada Mac dan Kelly.

Screen Shot 2014-05-08 at 3.57.35 PM

Antara tindakan yang dilakukan oleh Teddy untuk membalas dendam

Menyuntik elemen komedi sarkastik dalam dialog, watak pelakon pembantu seperti Assjuice (lakonan Craig Roberts), Scoonie ( lakonan Christopher Mintz) dan Pete ( lakonan Dave Franco) mampu membuatkan para penonton tidak kering gusi.

Malah, penulis juga mendapati bahawa kekuatan sebenar filem ini tidaklah terikat menerusi lambakan babak lucah, sebaliknya melalui ikatan erat persahabatan dan kekeluargaan yang dipersembahkan watak-watak dalam filem tersebut.

Ditambah pula dengan keletah comel Stella, filem ini sebenarnya membawa isi tersirat dalam jalan ceritanya.

Screen Shot 2014-05-08 at 3.57.59 PM

Mac juga terjebak dalam parti liar yang dianjurkan Teddy?

Namun, pada pendapat penulis, permulaan cerita ini agak lembab dan mungkin boleh diperhebatkan lagi dengan watak Zac Efron yang lebih nakal.

Apapun, bagi mereka yang meminati filem komedi dengan garapan jalan cerita yang ringan, sudah pasti ‘Bad Neighbor’ tidak akan mengecewakan anda.

Tapi, mesti anda semua tertanya-tanya apa agaknya kesudahan perang dingin antara Teddy dan Mac ya? Nak tahu? Jomlah kita serbu pawagam minggu ini!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×