berita

Tasha Shilla Bengang Dituduh Berasmara Di Lokasi Penggambaran

September 19th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Pelancaran-Stesen-Radio-Baru-KL-25

Sejak bercinta dengan peninju Muay Thai bernama Han ni, banyak cerita kontroversi membabitkan pasangan ini. Lepas satu, satu kami dengar.

Terbaru, pasangan ini didakwa melakukan adegan asmara ketika Tasha sedang menjalani penggambaran drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna.

Hmm, macam mana pula khabar ni keluar ya? Namun, kata empunya diri, Tasha tak mahu mengulas mengenai perkara ini selagi dia tidak bertemu dengan individu yang menyampaikan cerita tersebut.

Screen Shot 2014-09-19 at 12.12.40 PM

Siapa yang cakap benda macam ini? Saya tak nak komen panjang-panjang selagi tak jumpa orang yang menyampaikan cerita itu!

Saya sampai tak tahu nak respons apa. Memang mengejutkan sebab macam tak sudah-sudah orang nak memalukan saya dengan cerita macam ini.

Saya sedar ia bukan pertama kali dilemparkan, tapi cukup-cukuplah buat saya macam ini. Ini tuduhan melampau dan memalukan. Takkan saya tak boleh berfikir sampai perlu buat benda macam itu ditempat kerja?

Kalau korang nak tahu, tuduhan yang kononnya Han sering menemani Tasha ke set penggambaran pun tak betul tau. Kata Tasha, kekasihnya itu hanya datang sekali sekala untuk mengambilnya selepas habis penggambaran.

Haa, terjawab sudah kan. Siapalah empunya diri yang melempar fitnah ni. Sabarlah Tasha, dah nama pun selebriti, pasti ada je yang tak suka melihat kejayaan anda.

Apapun, kami doakan Tasha dan Han cepat-cepat mendirikan rumahtangga. Barulah berhenti cakap-cakap orang ni. Tak gitu?

Sumber : Harian Metro

Kredit Foto : Instagram Tasha Shilla

SKIP THIS AD ×