Tatu Inai Di Badan Suami Dah Tanggal - Yasmin Hani - OHBULAN!

berita

Tatu Inai Di Badan Suami Dah Tanggal – Yasmin Hani

June 21st, 2013 | by Noraini Nasir | 44 comments
Lensa Insta

Yasmin Hani & Suami 11

Tanggal 8 Jun lalu pengacara dan pelakon jelita, Yasmin Hani telah terbang ke Bali, Indonesia bersama suami tercinta, Shaarin Razali.

Sepanjang berada di Bali, Yasmin Hani telah sempat berkongsi beberapa foto menariknya menerusi laman Instagram dan melalui foto-foto berkenaan, terdapat sekeping gambar yang menunjukkan suaminya sedang membuat lukisan tatu di bahagian lengan berserta caption berbunyi :

I think i can draw better.. Hahahahaaaaa thx Made Jeffry..

Foto tersebut bagaimanapun telah mendapat pelbagai kritikan serta respon peminat, sehingga ada yang mempertikaikan budaya dan agama suami pelakon itu.

Yasmin Hani

Yasmin Hani & Suami 20

Lukisan tatu inai di lengan suami Yasmin Hani

Bagi menjawab segala kritikan tersebut, dramatis ini telah membalas kata-kata peminat dengan kenyataan berbunyi :

Salam… Tatto di badan dah pun tanggal semuanya.. Mudah sangat ditanggal.. Saya sendiri pun tak berani sgt nak tegur org. Kalau saya nak tegur saya buat cara private. Wasalam.. Oh one more thing, i pun tak berapa faham sebenarnya, kenapa tok kadi tak tegur sesiapa lelaki yg nak kahwin tak boleh pakai inai ataupun masa kursus nikah tiada satu ustaz ataupun ustazah yg melarang si suami memakai inai??? Hmmm hairan juga saya. Kerana kita kurang ilmu, mereka pula memberi.. Tapi tidak diterangkan pula masa kursus mahupun masa akad.

Yasmin Hani & Suami 12

Yasmin Hani menunjukkan baby bump-nya

Selain itu pelakon dan pengacara ini turut memuat naik gambar baby bump-nya yang kelihatan semakin membesar dan comel.

Artikel Berkaitan :

Yasmin Hani telah mendirikan rumahtangga bersama Shaarin Razali pada bulan Oktober 2011.

Di sini OHBULAN! turut selitkan beberapa foto romantis Yasmin Hani dan suami sepanjang berada di Bali.

Kredit Foto : Instagram Yasmin Hani

44 Comments

  1. kambing gurun says:

    untungnya yasmin hani, time2 ngandung suami bawa g honeymoon… berdua2an before baby born… bagus tu mengeratkan ikatan suami isteri dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan stress isteri ketika proses kehamilan… :)

    (0)
    • ORANG MODEN says:

      What the heck!! Hani, just ignore these losers..they have nothing much else to do..narrow minded people don’t harm you.

      (0)
  2. kambing hutan says:

    hahah burn, baby, burnnn. itulah, memang ada kebenarannya jugak. “peminat” na nasihat la konon , diri sendiri masing2 pun tak betul. btw im no artiste (just putting a waiver here)

    (0)
  3. noname says:

    Yasmin, masa ko nikah dulu ada dak tok kadi ckp berdosa besar kalu tak tutup aurat? bimbo punye pompuan!

    (0)
  4. Nash says:

    Inai dijari sebagai tanda sudah menikah. Inai yang dibentuk menyerupai tattoo sebagai tanda tattoo lah. Ikut budaya tattoo barat memang tidak elok. Jadi saya bidas kenyataan Yasmin mengenai tok kadi tak tegur inai dijari. Itu sebenarnya berbeza. Harap yasmin faham ye. Takpe lepas ni dah faham takyah buat dah ek.

    (0)
    • Hamba Allah says:

      Salam, It’s a sin for Muslim men to put henna on their fingers for Ijab Kabul. It’s haram :)
      Wassalam

      (0)
    • Hamba Allah says:

      Question:
      What is the ruling of men applying henna to their hands, hair, and beard?
      Answer:

      The relied-upon position in our school is that it is forbidden for a man to apply henna to his hands or feet unless there is a medical need for doing so. This is because dyeing these [h: parts of the body with henna] comprises imitating women. Imam al-Nawawi said in al-Majmu': “Among the proofs of its prohibition are his (Allah bless him and give him peace) saying in a rigorously authenticated hadith, “Allah has cursed men who imitate women.” The rigorously authenticated hadith related via Anas who said that “The Prophet (Allah bless him and give him peace) forbade men from applying saffron.” (transmitted by Bukhari and Muslim) is also proof [h: of its prohibition, since] that [h: prohibition] was only because of its colour, not its smell, for pleasant smells are recommended for men. Henna is just like saffron in this regard.”

      (0)
  5. Nera says:

    Inai tu budaya INDIA. . .bukan ISLAM !!!

    (0)
    • anon says:

      india tu kaum.
      islam tu agama.
      budaya selagi tak melanggari syariat agama, boleh diteruskan.

      p/s: takde kena mengena dengan isu tattoo disini..

      (0)
  6. pencinta wanita says:

    Klo islam semua meroyan tp diri sdri xsedar kes buang bayi samun semua org islam byk..sbelom tego tuh cermin diri klo da rasa baik sangat jadi pekerja sosial bantu org2 tua or org yg perlukan bantuan klo takat nk meroyan guna hujung jari baik xpyh

    (0)
  7. Ms Love says:

    Alahai…..kita ni menegur sesama sendiri…jgn la melatah lak….sama2 kongsi ilmu yer Puan Yasmin N hasbend…tegur menegur kan tak salah

    (0)
  8. kopi says:

    dapat rasa x….dunia akhir zaman..

    (0)
    • farah says:

      btl sokong, dunia akhir zaman, yg jahil di sanjung, yg menuju kebaikan dikutuk, pastu suka ckp kubur lain2.. patutnya dgr pandang dgn mata hati apa yg ditegur bkn sape yg menegur.. moga semua beroleh hidayah..aamiin

      (0)
  9. nina says:

    Maafla klu saya silap ye..setahu saya, pemakaian inai bagi lelaki ketika kawin adalah harus dgn tujuan org akan tahu bahawa lelaki itu telah berpunya @ berkahwin. Tapi kalau inai digunakan sebagai tatoo tanpa apa2 tujuan tertentu, blh jatuh haram..tolong betulkan kalau saya silap ye..wallahuallam..

    (0)
    • pengomen says:

      ha betul2

      (0)
    • Hamba Allah says:

      It’s haram thus it’s a sin. Anything a Muslim man does that replicates anything a Muslim woman is allowed to do is haram :)

      (0)
    • Hamba Allah says:

      Question:
      What is the ruling of men applying henna to their hands, hair, and beard?
      Answer:

      The relied-upon position in our school is that it is forbidden for a man to apply henna to his hands or feet unless there is a medical need for doing so. This is because dyeing these [h: parts of the body with henna] comprises imitating women. Imam al-Nawawi said in al-Majmu': “Among the proofs of its prohibition are his (Allah bless him and give him peace) saying in a rigorously authenticated hadith, “Allah has cursed men who imitate women.” The rigorously authenticated hadith related via Anas who said that “The Prophet (Allah bless him and give him peace) forbade men from applying saffron.” (transmitted by Bukhari and Muslim) is also proof [h: of its prohibition, since] that [h: prohibition] was only because of its colour, not its smell, for pleasant smells are recommended for men. Henna is just like saffron in this regard.”

      (0)
  10. inai di jari says:

    bodoh sombong..jahil xbertempat..

    (0)
  11. zaza says:

    yang dah tercatat dlm Quran pun (menutup aurat) susah nak ikut…inikan pulak hal inai masa kawin yg ko nak petikaikan kenapa ustaz tak cakap..

    (0)
  12. kamariah says:

    statement org sedang emo….
    ape pun yasmin kite sesame kite hanye blh tegur jer lah…dh name manusia mesti ade slh dan silapnye sape nmpk tegur (klu nak tegurlah) tp statement kamu mcm mempertikaikan n x menerima jerr….hai lah sian aku tgk kamu ni yasmin…mgkn ini jwpn org yg terlalu lalu lalu open minded sgt kot…pd akulah

    (0)
  13. sue89 says:

    Pendapat saya, ada 2 isu perlu difahami di sini:
    1- Pemakaian inai oleh lelaki
    2- Melukis tatu bagi orang Islam

    Kupasan:

    1- Bagi lelaki adalah haram kecuali dalam keadaan terpaksa seperti untuk berubat dan sebagainya. Justeru, adat lelaki memakai inai ketika aqad nikah dan walimah adalah tidak selari dengan ajaran Islam dan mesti dihentikan.

    2- Melukis tatu hukumnya haram. Jika niat memang untuk dibentukkan menjadi tatu, maka tidak kiralah apa bahan yang digunakan sekalipun (halal atau haram, kekal atau tidak) ianya tetap tidak boleh.

    ‘Jangan menghalalkan cara untuk kepentingan peribadi biar Islam yang menghalal dan mengharamkan cara.’

    Wallahualam. Sekadar berkongsi pengetahuan dan pendapat.

    (0)
  14. lynn says:

    kalau ilmu tunggu kursus kawen baru nak cari, tunggu orang nak bagi n diri sndiri tak pernah nak mencari-cari…memang parah lah manusia begini

    (0)
  15. bunga refflesia says:

    xfhm la ngan retis skrg ni..dh xbetul org tego belagak pulak..xboleh terima kenyataan..dulu kes lana nordin, shila hmzah..ni ysmin hani pulak..ilmu cetek tunjuk hebat pulak.

    (0)
  16. RAZ says:

    Yang haram tetap haram, tidak ada alasan.Jangan sombong dan jangan ikut budaya orang bukan Islam. Insyaallah selamat dunia dan akhirat. Bukan kena bayar pun untuk ikut syariat Islam.

    (0)
  17. ngengeh says:

    niat x menghalalkan cara

    (0)
  18. tipah says:

    org melayu x sedo diri … dia ingat diri omputih ker ..

    (0)
  19. ORANG DULU says:

    SY NK TEGUR LAH ADA SEGELINTIR DARI MEREKA YG MENGELUPUR BILA DITEGUR DAN MULA LAH CKP “NK TEGUR ORG DIRI SNDRI PN XBETUL” ALAHAI APAKAH JENIS MENTALITI SPT INI?… KITA MENEGUR AP YG TERKURANG DN XSEMESTINYA KITA YG MENEGUR ITU TIP TOP!.. 3MALAH TEGURAN DAN JGN CKP ORG YG MENEGUR ITU LOSERS, NARROW MINDED N BLA..BLA..
    INI BERKENAAN DGN PENGETAHUAN AGMA JUGA, KITA BOLE SUKAT SETAKAT MNA KEDENGKELAN ILMU KALIAN DLM HAL2 BEGINI.. JGN HANYA TUNGGU TOK KADI @USTAZAH2 NK MENEGUR MSA KURSUS NIKAH @ AKAD SHJA DAN ANDA IGNORE MNA YG ANDA XPERNAH DENGAR,.. KLU NK TGU ASTAD N USTZAH NK CITER MSA KRSUS NIKAH 3HRI 3MLM PN XHBIS.. MAKA DENGAN ITU HADIR2KAN LAH DIRI KE MAJLIS ILMU @ RAJIN2 TONTON CERAMAH2 KT YOUTUBE.. XPYH TGU ORG NK DTG BG ILMU DPN MTA.. ILMU TU PRLU DICARI..

    (0)
  20. firdaus peedort says:

    yasmin hani dan suami. kalau awk rasa xnak diaibkn xperlu upload gambar y boleh timbulkn kontroversi n mengundang fitnah. kalau rasa jahil islam belajar!, tanya! terima teguran! ni makin kita kongsi bende baik dan ilmu islam makin dia sangkal n pertahan perbuatan dia. sy tegur sbb sy rasa awk dan suami akn beri contoh xbaik pada org ramai. org y jahil agama n fanatik dgn awk n suami tu akan mengagungkn perbuatan anda. kata bodoh marah! dah tau xnak kene tegur cara gitu xyah letak gambar gitu kat khalayak ramai.

    (0)
  21. pak kadi jgk yg disalahkannya says:

    setahu aku la yg pmpuan pakai lukis2 kt tgn ms kawen pun xboleh kan…ade pernah kua dah dulu..tp org xnk dgr gak..uiihh yasmin law pak imam tegur camtu kot xterijab qabul lak kan…boleh nk buat tp bkn pd majlis camtu..ermmm ni lg la..dah mmg ko mention TATU inai…wpun tggl ngn ceoat niat laki ko tuh nk pakai TATU…tatu haram dik oiiii..tp xpe lain kali jgn buat lg dah ade yg tegur..jgn wat kepala konkrit dah la..

    (0)
  22. farah says:

    hmm sorry to say, geng celepets mmg mcm ni ke? seksi,tak tutup aurat,mcm tak boleh ditegur.. kesian suami tanggung dosa kalian..tp suami pun tak menegur..mmg kubur lain2 ye tp x salah kot nak tegur apa yg bathil..slmt beramal

    (0)
    • makcik muda says:

      mmg xsalah…sebb mereka juge sedara seislam kite…lagi pon,,amar makruf nahi mungkar…kite boleh tegur dgn mnggunekan tgn,lidah dan hati..:)

      (0)
  23. makcik muda says:

    sy doakan pasangan ini jumpe kembali jalan allah…aminn ya allah…

    (0)
  24. buat teruk ka apa ni says:

    bab berinai berinai ni perkara kecik ja.
    “tatu itu ialah mencucukkan jarum atau sebagainya di belakang telapak tangan, pergelangan tangan, bibir atau selainnya di tubuh badan sehingga darah mengalir. Kemudian diisi tempat itu dengan celak atau kapur tohor (kapur hidup) sehingga menjadi hijau”
    so la ni si laki tu buat macam tu ka?dak kan?
    jangan buat complicated bebenda boleh tak

    (0)
  25. jim.raynor says:

    Org melayu mmg suke tiru adat org lain.. adat budaya kaum lain ada y boleh..ada yg haram.. inai.. tabur beras.. tu bkn melayu punye..

    (0)
  26. emma wani says:

    hai tegur salah tak tegur lglah bleluasa 2lah jawapan artis yg sombong takbur n lain2 huhu….lau tok kadi ckp name muh dok tutup aurat time nikah…aha kan dah kena nasib aja time nikah muh pakai tudung tp bila sanding buka balik n nak sgt nampak seksi lah katakan huhu….moga ALLAH dberikan kalian bdua hidayah amin2….

    (0)
  27. matyo says:

    bengo mnatang ni.x pandai agama ngaji la agama.mu mapuh nok jawab gapo.?ustaz x ajar mu masa atah dunia.geram aku ore gni,nak salahkan ustaz plak

    (0)
  28. mizzumizaru says:

    Sekadar berkongsi maklumat dan menambah ilmu…

    Pendapat Pertama
    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

    1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
    2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan.
    3. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
    4. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

    Pendapat Kedua
    Dari Ibnu Umar r.a katanya :

    “Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan Baginda mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu.”

    ~~ hadith bil. 2003 : Sahih Muslim

    Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda :

    “Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain,wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir) ”
    ~~ hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari

    Penjelasan mengenai hadith dan pandangan Ulama’

    Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz :

    ” Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu adalah kategori tatu,kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul di hujung jari. ”

    Ustaz Azhar Idrus menjelaskan ;

    – Memakai inai dijari semasa hari perkahwinan, dibenarkah syarak. Pada zaman sahabat Rasullullah, pengantin perempuan arab memakai inai dijari. Memakai inai penuh dijari sahaja.
    – Memakai corak ditangan, seperti meniru adat budaya org hindu. Bg hindu, memakai corak ditangan adalah diwajibkan bagi pengantin perempuan. Ditakuti, apabila kita membuat perkara yg sama, seperti mengikut agama sesuatu kaum.

    – Jadi, para ulama’ mengHARAMkan perbuatan ini. Cukup sekadar memakai inai dijari.

    1. Menurut ulama Mazhab Maliki dan Syafi’ei, wanita yang bersuami disunatkan memakai inai pada setiap masa kerana inai merupakan perhiasan dan keacntikan. Wanita yang bersuami sunat berhias untuk suami sepanjang masa.
    2. Wanita yang tidak bersuami, ulamak mazhab Maliki berpendapat harus, manakala ulamak mazhab Syafi’ei berpendapat makruh kerana dibimbangi berlaku fitnah ke atas diri wanita itu dan orang lain.
    3. Walaubagaimanapun, wanita yang hendak berihram haji atau umrah disunatkan memakai inai mengikut pendapat semua mazhab sama ada yang bersuami atau tidak.
    4. Selain memakai inai di tangan, iaitu dari hujung jari hingga ke pergelangan, wanita juga harus memakai inai di tapak kaki mereka hingga ke buku lali khususnya wanita yang bersuami.

    Hukum memakai inai bagi lelaki
    Fuqahak semua mazhab berpendapat haram bagi lelaki memakai inai di tangan atau di kaki kerana inai merupakan perhiasan bagi wanita. Lelaki tidak harus meniru wanita sama ada pakaian atau perhiasan sebagaimana sabda Nabi s.a.w. bermaksud :

    “Allah laknat lelaki yang menyerupai atau meniru wanita dan wanita yang menyerupai atau meniru lelaki.”

    Ustaz Azhar Idrus menjelaskan ;
    – HARAM bagi lelaki memakai inai walaupun dijari. Inai adalah perhiasan untuk kuku dimana ianya adalah perhiasan wanita. Adalah HARAM untuk lelaki memakainya.
    – Imam Nawawi menfatwakan, ianya HARAM.
    – Kecuali keadaan tertentu seperti berubat atau perkara yg tak boleh dielakkan.

    Kesimpulan
    Antara kata-kata fuqahak dalam masalah ini :
    “Adapun menginaikan dua tangan dan dua kaki, maka disunatkan bagi wanita yang bersuami kerana terdapat Hadis-hadis yang masyhur mengenainya. Dan perbuatan itu haram bagi lelaki kecuali kerana keperluan seperti berubat dan sebagainya…”

    ~~Imam an-Nawawi di dalam kitab ‘Al-Majmuk”

    “Dan tidak harus menginaikan dua tangan kanak-kanak lelaki dan dua kakinya kecuali kerana ada keperluan untuk berbuat demikian, tetapi harus bagi wanita…”

    ~~ Al-Fatawa al-Hindiyyah. Dinyatakan di dalam fatwa tersebut tidak harus diinaikan tangan dan kaki kanak-kanak lelaki. Maka lelaki dewasa lebih-lebih lagi.

    “Adapun menginaikan dua tangan dan dua kaki, maka disunatkan untuk wanita dan diharamkan untuk lelaki kecuali untuk berubat…”
    ~~ ‘Aun al-Ma’bud Syarh Sunan Abu Daud.

    Kesimpulannya, inai adalah perhiasan wanita. Hukum memakainya adalah harus, sunat dan dalam keadaan tertentu makruh, iaitu bagi wanita yang tidak bersuami menurut pendapat fuqahak mazhab Syafi’ei.

    Bagi lelaki adalah haram kecuali dalam keadaan terpaksa seperti untuk berubat dan sebagainya.

    Justeru, adat lelaki memakai inai ketika aqad nikah dan walimah adalah tidak selari dengan ajaran Islam dan mesti dihentikan.

    sama2 belajar dari kesilapan.
    wallahualam..

    (0)
  29. makcik muda says:

    ITTAQULLAH = TAKUTLAH PADA ALLAH..

    (0)
  30. Aaron Kwok says:

    si shahrin blackrose ni mase muda2 dulu penah bercinta dgn erma fatima kot…bayangkan umo dia brape skrg…hohohoh…but dia lg ensem dr adik dia si Qi tue

    (0)
  31. Budaya says:

    Kalau dilihat kan kembali sejarah budaya inai ni datang nya dari agama hindu dan bukan islam. Dari berkurun lagi sebelum agama Islam datang ke Tanah Melayu, melayu terdahulunya asal dari agama Hindu.

    Kedatangan pengaruh Hindu-Buddha mula memasuki kawasan Nusantara ( Tanah Melayu ,Indonesia ) hanya beberapa ratus tahun selepas itu. Mereka ini mula memperkenalkan kebudayaan, seni bina, bahasa, tulisan, perkataan, makanan, adat resam, agama, sistem kerajaan, pendidikan moral dan banyak lagi kepada masyarakat setempat. Mereka ini mendirikan kerajaan Melayu tempatan pertama sendiri yang dikenali sebagai Srivijaya atau Vijayanaggar yang bertahan selama 1400 tahun.

    Setelah agama islam datang dan disebarkan di Asia dan juga Tanah Melayu seperti di neraga jirannya Indonesia, amalan budaya lama itu masih dipraktikkan. Dan kenapa pula itu tidak menjadi persoalan dalam agama Islam ? Sedangkan agama Islam sendiri memang tidak mempraktikkan tatu inai. Jadi di sini , melayu masih mengekalkan tradisi budaya yg diamalkan beratur-ratus tahun dahulu semasa kerajaan Srivijaya.

    Apapun pikir la sendiri. Jangan sewenangnya mengatakan tatu inai adalah amalam dalam ajaran Islam kita sendiri. Walaupun di dalam persandingan. Itu hanya trend kahwin. India kahwin berinai sebab mereka itu budaya Hindu. Tepuk dada tanya selera.

    (0)
  32. Saggi76 says:

    Kan lagi bagus kiter tanya Ustaz or Ustazah Dosa ke Tak.. jangan la asl boleh cakap ikut pendapat individual.. Ikutlah agama.. Korang takde hak nak serang dorang.. Takkan orng gi bercuti pun korang go into detaill…. da susah lah tu ..

    (0)
  33. Saggi76 says:

    Even during persandingan btl2 kite tak blh berinai melepasi lengan tapi byk pengantin yg nak bergaya buat gak

    (0)