berita

Tawaran Tajaan RM30 Juta Ditolak Kedah, Ini Luahan Kekecewaan Datuk Aliff Syukri

May 5th, 2016 | by Wan
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2016-05-04 at 11.10.29 PM

Nampaknya hasrat Datuk Aliff Syukri untuk menaja pasukan bola sepak Kedah melalui syarikatnya D’herbs sebanyak 30 juta ‘terkubur’ setelah Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menolak tawaran tersebut semalam.

Tak dapat dipastikan sebab disebalik penolakan tajaan itu namun nyata ia sedikit sebanyak menimbulkan kekesalan buat Datuk Aliff Syukri. Berikut luahan beliau.

Sangat kecewa!

Screen Shot 2016-05-04 at 11.04.41 PM

Salam..
tiba2 nama saya jadi panas petang tadi berikutan pengumuman kfa tidak mahu ditaja oleh DHERBS..
Saya ulas sedikit sbb ramai yg tanya….saya tidak kecewa tidak dapat menaja kedah walaupun saya dah lama spend masa sy..sehingga ke peringkat terakhir…

Jujur sbnarya sy amat..
Kecewa sbb penguguman di buat secara tiba tiba ..tanpa pengetahuan saya langsung! sedangkan sebelum ni kenapa kita boleh berbincang dgn baik dan bersma dan kali ini terus dibuat tanpa pengetahuan saya dan saya merasakan adalah tidak adil utk saya… .

Jangan buat kesimpulan

Screen Shot 2016-05-04 at 11.03.34 PM

saya akan memberitahu semua isu2 yg anda nak tahu pada pc saya yg akan diadakan dalam masa terdekat jadi boleh buat kesimpulan masing2…

p/s :yg di luar jgn pandai2 buat andaian ya…tunggu kesahihan saya dulu mcm2 cerita keluar…

Memetik laporan Berita Harian, penolakan tajaan itu disebabkan oleh beberapa syarat yang tidak dapat dipenuhi namun ia tidak dinyatakan.

Sejak beberapa bulan yang lalu beberapa siri rundingan telah dilakukan oleh Datuk Aliff Syukri dan KFA. Hasil perbincangan tampak positif pada awalnya sebelum KFA membuat keputusan mengejut ini.

Tak apa lah, mungkin Datuk boleh cuba taja pasukan lain pula.

SKIP THIS AD ×