berita

Tercalon Di ABPBH, Peminat Dakwa Isteri Izzue Islam Hasut Jangan Undi Kumpulan Forteen?

March 26th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-03-26 at 12.00.35 PM

Nampaknya pelakon kacak ini bagaikan tidak habis-habis dihimpit kontroversi. Mana taknya, ketika isu dia dan Anzalna yang dikatakan tidak ‘serasi’ di layar masih hangat diperkatakan, kini timbul satu lagi gosip kurang enak mengenainya.

Artikel Berkaitan: Enggan Layan Karenah ‘Budak-Budak’, Anzalna Akui Tidak Selesa Izzue Bawa Isteri Di Set

Namun, terdetik juga rasa pelik dan tertanya-tanya apabila mendengar cerita yang diluahkan oleh peminat Izzue Islam kepada OHBULAN! kali ini.

Menurut mereka, isteri Izzue, Awin Nurin dipercayai telah menghasut peminat Izzue untuk tidak mengundi kumpulan Forteen di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Screen Shot 2014-03-26 at 12.01.49 PM

Izzue Islam juga merupakan anggota kumpulan Forteen

Untuk makluman semua, Izzue telah tercalon dalam kategori Pelakon TV Lelaki Popular dan Gandingan Serasi Di Layar bersama Tiz Zaqyah.

Manakala, kumpulan Forteen yang juga dianggotai oleh Izzue pula tercalon untuk kategori Artis Duo/ Berkumpulan Popular di anugerah berprestij tersebut.

Namun, menerusi senarai pencalonan akhir tersebut, tiada pula dilihat sebarang ‘persaingan’ secara terus daripada kumpulan Forteen kepada Izzue. Malah, Izzue juga bakal menerima habuan jika Forteen dinobatkan sebagai pemenang kategori tersebut.

Screen Shot 2014-03-26 at 12.21.12 PM Screen Shot 2014-03-26 at 12.21.36 PM

Antara dakwaan yang ditujukan kepada Awin oleh peminat kepada OHBULAN!

Bagaimanapun, sambil menyatakan rasa terkilan terhadap layanan pelakon tersebut yang sudah jauh berbeza daripada dulu, para peminat menegaskan bahawa Awin bagaikan sengaja mahu menutup periuk nasi suaminya.

Tidak lagi menjadi followers kepada Izzuezers, peminat juga memberitahu bahawa mereka sudah beberapa kali berkecil hati dengan sikap isteri Izzue yang bertindak seperti queen control terhadap suaminya itu.

FEMES BAZAAR  FIRST ANNIVERSARY-17

Peminat menyatakan rasa kecil hati terhadap Izzue Islam yang tidak lagi mesra seperti dahulu

Enggan mempercayai sepenuhnya dakwaan tersebut, OHBULAN! cuba menghubungi isterinya, namun usaha itu gagal apabila Awin tidak menjawab panggilan serta pesanan ringkas yang dikirimkan.

Mungkin juga pasangan ini mempunyai ‘musuh dalam selimut’ yang sengaja melemparkan tohmahan tersebut dengan niat untuk menjatuhkan nama Izzue di industri hiburan tanah air. Siapa tahu kan?

Apapun, rasanya demi menjaga karier dan nama Izzue dalam industri, diharapkan mereka berdua tampil memberikan penjelasan mengenai isu-isu ini.

Al-maklumlah, peminat merupakan tulang belakang seseorang selebriti, tanpa sokongan mereka, agak sukar juga untuk kekal lama dalam industri bukan?

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×