berita

Tersebar Nama Sebenar Di Media Sosial, Sajat Akui Ramai Cemburu

July 26th, 2017 | by Arini Saleh
Kini Trending

Siapa tak kenal dengan usahawan kosmetik, Nur Sajat yang cukup popular dan sering menjadi perhatian netizen dengan gosip-gosip panas. Sajat bagaimanapun tidak mudah melenting dengan isu yang sering dikaitkan dengan dirinya.

Baru-baru ini viral beberapa keping foto maklumat peribadi seperti kad pengenalan dengan nama Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang didakwa milik Sajat. Betul ke itu nama sebenar Sajat? Ini respon Sajat.

Cemburu dengan pencapaiannya

Menurut laporan Berita Harian, Sajat mengakui tidak kisah dengan pandangan negatif netizen dan sedar ramai yang ingin menjatuhkannya. Lebih-lebih lagi, mereka yang tidak senang dengan pencapaiannya, terutama dalam bidang perniagaan kecantikan yang diusahakan.

Saya anggap semua ini sebagai resam apabila kita sudah mencapai sesuatu. Saya tahu ada yang tidak senang dengan pencapaian saya.

Apabila saya sudah berjaya, baru semua ini timbul, kenapa tidak ketika saya bukan siapa-siapa dan tidak ada apa-apa dulu?.

Pedulikan netizen

Bagi Sajat, dia tidak peduli dengan kata-kata sekeliling dan perlu tabah menghadapi dugaan yang dihadapi. Ini kerana, dia lebih tahu realiti dan fakta sebenar.

Bagi saya, setiap yang positif saya ambil untuk memotivasikan diri dan terus menjadi lebih baik, manakala yang negatif saya jadikan teladan untuk berhati-hati.

Ini adalah cabaran yang perlu saya hadapi sebagai usahawan. Apapun, semua ini tidak sedikit pun melemahkan saya, sebaliknya memberikan saya semangat untuk terus berjaya.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×