Laman Utama » Berita Terkini

Kami terbaca kisah pelakon drama Casualty, yang berkata ‘Anyone who says they’re fat and happy is lying‘. Kisah benar Rebecca Wheatley ini menceritakan keazaman beliau untuk menurunkan berat badan sebanyak 76kg (12 stone), satu angka yang mengagumkan!

Cara pemakanan yang tidak seimbang & kurang senaman antara penyumbang utama kepada masalah obesiti. Sikap tidak acuh seperti, ‘Ah, aku tidak kisah gemuk, janji happy?’ adalah alasan yang sering diberikan oleh mereka yang sudah berputus asa.

Atas kesedaran ini, pihak Hallmark julung kali’nya membawa program realiti yang mendapat sambutan hangat di barat, ke negara asia termasuk Brunei, Malaysia & Singapura. Pelbagai cabaran & ujian akan ditempuh oleh peserta rancangan ini, dimana mereka boleh membawa pulang wang tunai USD100 ribu! Wow, kaya pakcik!

Episod pertama ‘The Biggest Loser Asia’ akan disiarkan bermula pada 24 November 2009, pukul 9 malam di channel Hallmark, 702.

Media OHBULAN! memenuhi jemputan pihak Astro ke majlis pelancaran The Biggest Loser Asia yang diadakan di Ascott Hotel. Kami berpeluang bertemu dengan Sarimah Ibrahim & Syanie sebagai ikon utama untuk rancangan realiti yang pertama kali diadakan di Malaysia. Sedikit preview ekslusif memaparkan Syanie yang cuba melengkapkan ujian pumping oleh jurulatih, terasa tercungap-cungap juga’lah kami yang menjadi penonton.

Penampilan hos rancangan, Sarimah Ibrahim, secara eksklusif akan membawa anda melayari kisah suka-duka peserta yang mengalami obesiti menghadapi segala ujian dan cabaran yang akan dikendalikan oleh 2 orang jurulatih, iaitu Dave & Kristy.

Untuk update yang lebih terkini, anda boleh layari biggestloserasia.com atau laman facebook.com/biggestloserasia

Respon Pengomen Tegar Tersayang

Ini adalah blog awam. Komen yang tidak sesuai akan dipadamkan. Sila baca polisi Syarat Interaksi Komen. Dengan meninggalkan komen, anda telah pun bersetuju dengan polisi tersebut. Semua komen terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia. IP anda akan dilog untuk tujuan undang-undang.

Lagi Artikel OHBULAN!

Video : Gayakan Fesyen Musim Panas Bersama Izara Aishah