berita

This Is Not Pasar Malam – Tasha Shilla ‘Henjut’ Pengikut Instagramnya

April 17th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-04-16 at 11.58.43 PM

Sebelum ini, lagenda Rock tanah air, Amy Search telah memaklumkan kepada umum bahawa dia tidak membenarkan laman Instagramnya dibanjiri dengan para peniaga #VisitMyIG.

Rimas dengan situasi tersebut, Amy Search juga menganggap mereka bagaikan tidak menghormati privasi tuan empunya laman Instagram tersebut.

Artikel Berkaitan: Maaf, Saya Terpaksa Block – Peminat Pertikai Tindakan Amy Search Di Instagram

Terkini, pelakon seksi, Tasha Shilla juga dilihat seakan-akan berang dengan peniaga #VisitMyIG dan menegaskan bahawa laman Instagramnya bukan ‘pasar malam’.

Screen Shot 2014-04-17 at 12.01.14 AM

Tasha Shilla mahu para peniaga hormat laman Instagramnya

Mendapat pelbagai reaksi daripada para peminat, Tasha lantas menerangkan bahawa dia hanya mahu mereka menghormati laman Instagramnya.

“Hi guys…jangan la cepat melenting…i just need u guys respect my instagram…sblum ni i ok je…tp kalau dah iklan berjela2 satu page agak2la…i faham u guys nak buat business tp jgn la sampai over sgt iklan tu..pls jgn nk libatkan agama..benda simple…u be nice with me..i will be nice with u.”

Dalam pada itu, ada juga peminat yang menyarankan agar Tasha mewujudkan satu ruangan khas di laman Instagram untuk para peniaga ini mengiklankan produk mereka.

Pada pendapat OHBULAN!, apa yang diutarakan oleh para selebriti ini ada juga kebenarannya. Anda bayangkanlah, foto percutian Tasha Shilla bersama kekasihnya di Thailand juga menjadi mangsa komen peniaga online.

Apapun, apa kata kita jengah dahulu Instagram Tasha untuk melihat foto-foto terbarunya.

 

 

 

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×