berita

Throwback Menggila 2014: Top 5 Drama Terbaik Tahun Ini

December 17th, 2014 | by Wan
Kini Trending

kerana

Kerana Terpaksa Aku Relakan

Menampilkan Amar Baharin dan Izreen Aminda sebagai teraju utama, KTAR melonjak sebagai antara drama yang paling diminati untuk tahun ini. Persembahan jalan cerita yang menarik disamping lakonan yang mantap antara kunci utama drama ini menjadi bualan para peminat.

Tidak dapat dinafikan, kontroversi yang melanda Izreen dan Amar sepanjang drama ini ditayangkan juga sedikit sebanyak menaikkan lagi rating KTAR.

Artikel Berkaitan:

Diadaptasi daripada novel, drama ini bagaimanapun mendapat sedikit kritikan daripada  sebahagian peminat kerana endingnya tidak seperti yang diharapkan.

ariana

Arianna Rose

Ariana Rose juga merupakan drama adaptasi daripada novel “The Wedding Breaker” karya Evelyn Rose dan diarahkan oleh pengarah berkaliber, Raja Alauddin Shah.

Artikel Berkaitan:

Drama yang ditayangkan di Slot Akasia TV3 ini menampilkan pelakon terkenal tanah air seperti Keith Foo, Nur Fathia, Nabila Huda, Tasha Shilla dan ramai lagi.

Maaf Jika Aku Tak Sempurna

maaf

Digandingkan bersama dengan Fahrin Ahmad untuk Maaf Jika Aku Tak Sempurna, Sara Ali nyata berada pada kelasnya yang tersendiri. Drama 30 episod ini disiarkan di slot Akasia TV3.

Artikel berkaitan: Episod Akhir ‘Maaf Jika Aku Tak Sempurna’ Amat Hambar

Mengisahkan tentang hubungan rumahtangga yang pada dasarnya dibina tanpa kerelaan, MJATS diminati dan sering menjadi bualan para peminat.

Selamat Pengantin Madu

selamat pengantin madu

Drama yang ditayangkan melalui slot Lestary di TV3 ini mengisahkan tentang Hana (Fasha Sandha) yang menerima tamparan hebat apabila mengetahui dirinya dimadukan.

Bersiaran sebanyak 13 episod, drama terbitan Pesona Picture ini turut membariskan beberapa pelakon berbakat seperti Aiman Hakim dan Eina Azman.

Artikel berkaitan: #SelamatPengantinMadu : Rahsia Masmira Tak Mengandung Terbongkar

Drama yang sarat dengan eleman kekeluargaan dan cabaran bermadu ini terus mendapat tempat di hati penonton sejak dimainkan bermula September lalu.

Suamiku Encik Sotong

sotong

Walaupun masih lagi ditayangkan bermula sekitar Oktober yang lalu, Suamiku Encik Sotong menjanjikan sesuatu kelainan kepada para penonton.

Diterajui oleh pelakon terkenal tanah air seperti Sharnaaz Ahmad, Amar Baharin dan Amyra Rosli, drama ini mengetengahkan karakter ‘lelaki lembut’ yang terpaksa berkahwin dengan wanita bukan pilihan dek kerana sebuah wasiat. Pasti tak kering gusi!

SKIP THIS AD ×