berita

Throwback Selebriti Wanita Pernah Sambut Halloween

October 31st, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

halloween

Patutlah kami tengok ramai sudah mula memuat naik kostum-kostum hantu di laman sosial masing-masing. Malah, muka mereka pun diconteng ala-ala seram. Rupa-rupanya hari ini (31 Oktober 2014) merupakan tarikh sambutan Halloween yang diraikan oleh penganut agama Kristian.

Sedikit informasi, sebenarnya perkataan Halloween berasal daripada ‘All Hallows Evening’. Di Amerika, biasanya perayaan ini diraikan kanak-kanak dengan memakai kostum seram dan mereka akan pergi dari rumah ke rumah untuk meminta gula-gula sambil berkata ‘Trick or treat!’.

Walaupun perayaan tersebut tidak diadakan secara besar-besaran di Malaysia, ada juga yang ‘have fun‘ bersama rakan-rakan dengan menggayakan kostum ala-ala hantu, termasuklah golongan selebriti.

fasha sandha halloween

Kredit foto: Beautifulnara

1. Fasha Sandha

Gambar ini dikatakan dimuat naik oleh Fasha Sandha pada tahun 2010. Fasha dilihat menyambut Halloween bersama Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali dengan nama Jejai yang kini merupakan suaminya. Namun, Fasha tidak pula mengenakan kostum seram. Sebaliknya memakai kostum seksi ala ‘Genie In The Bottle‘.

Screen Shot 2014-10-31 at 12.51.45 PM

Kredit foto: Rotikaya

2. Nora Danish

Nora Danish didakwa menyambut Halloween pada tahun 2011 dengan rakannya. Malah, Nora turut mengucapkan ‘Happy Halloween’ kepada peminatnya. Bagaimanapun, foto ini mendapat kritikan hebat di laman sosial.

nabila huda halloween

Kredit foto: Beautifulnara

3. Nabila Huda

Gambar ini tersebar pada tahun 2012. Nabila Huda dikatakan menyambut Halloween bersama dengan rakan-rakan rapatnya, termasuklah isteri kepada Adlin Aman Ramli, Emelda. Malah, pada tahun 2011 pula, Nabila turut didakwa menyambut Halloween di Kg. Salang Pulau Tioman.

Screen Shot 2014-10-31 at 1.14.52 PM

Kredit foto: Wow Artis

4. Juliana Evans

Juliana Evans pun pernah menyambut Halloween di Michigan, Amerika Syarikat  semasa dia menyambung pelajarannya di sana. Kalau tak salah kami, foto ini adalah foto tahun lepas. Hurm..Walaupun dress up sebagai ‘Catwoman’, Juliana tetap nampak cantikkan?

Screen Shot 2014-10-31 at 1.05.09 PM

Kredit foto: Berita Sensasi Blogspot

5. Sasha Saidin

Sasha Saidin turut menyambut Halloween bersama kawan-kawan rapat. Namun, foto-foto ini turut diselar oleh para peminatnya.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×