berita

Tiada Masalah Jika Terpegang Anjing – Johan As’ari Jawab Isu Tak Sensitif

July 21st, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Filem-Balada-Pencinta-16-630x420

Ingat lagi tak minggu lepas OHBULAN! ada memaparkan mengenai kontroversi Johan As’ari yang dikatakan tak sensitif dek kerana memegang seekor anjing.

Artikel Berkaitan: Gara-Gara Bergambar Dengan Anjing, Johan As’ari Dikatakan Tak Sensitif

Akibat memuat naik foto tersebut di Instagramnya, Johan telah menerima pelbagai pendapat dari pengikutnya. Macam biasalah, ada yang menyokong dan tak kurang ada yang mencemuh tindakannya.

Namun, bagi tuan badan, tak salah jika dia memegang haiwan tersebut asalkan dia menitikberatkan apa yang dituntut oleh ajaran Islam iaitu samak selepas memegang anjing.

Filem-Balada-Pencinta-7-630x420

Menerusi laporan mStar Online, pelakon filem Juvana ini memberitahu dia mengambil gambar tersebut sebagai tanda menghargai haiwan itu yang turut terbabit dalam penggambaran filem Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior.

Tiada masalah jika terpegang anjing kerana kita boleh samak seperti mana di ajar dalam Islam. Bagaimanapun bagi mengelakkan rasa was-was saya akan memastikan setiap kali habis penggambaran bersama anjing pengesan itu saya akan samak seluruh badan saya.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa anjing pengesan juga berperanan besar dan rakan baik kepada pejuang kita dalam mengesan penjahat atau penceroboh di dalam hutan demi mempertahankan negara kita.

Ia juga adalah pejuang dan perkara itu yang saya pelajari tentang anjing pengesan ini ketika menjalani penggambaran filem berkenaan.

Gitew penjelasan Johan. Pada kami, memang benar kita boleh samak jika terpegang haiwan berkenaan. Tetapi kalau boleh kita elakkan.

Mengenai foto itu pula, tak salah kiranya Johan menyimpan untuk koleksi sendiri dari memuat naiknya di laman sosial. Maklumlah, memegang anjing kan dianggap sensitif bagi sesetengah masyarakat. Tak gitu?

Kredit Foto : Instagram Johan As’ari

SKIP THIS AD ×