Kilauan Emas 3 : Siapakah Yang Bakal Tersingkir? - OHBULAN!

berita

Kilauan Emas 3 : Siapakah Yang Bakal Tersingkir?

May 3rd, 2013 | by Ell | 2 comments
Kini Trending

Screen Shot 2013-05-02 at 5.09.54 PM

Usia bukanlah penghalang kepada semua peserta Kilauan Emas musim ke-3 untuk mempersembahkan bakat masing-masing. Kesemua 10 peserta yang dipilih melalui ujibakat juga adalah dari mereka yang terbaik dan memiliki kemantapan vokalnya yang tersendiri.

Dan pada 24 April yang lepas, pentas Kilauan Emas 3 telah membuka tirainya dengan bergaya dan menyaksikan minggu pertama tidak ada penyingkiran yang dibuat. Namun begitu tiga peserta yang mendapat undian terendah tetap diumumkan pada malam tersebut.

Menariknya, kesemua peserta memberikan persembahan yang sangat mantap umpama penyanyi profesional. Tidak ada seorang pun yang kekok serta masing-masing selesa berhadapan dengan juri dan juga para penonton.

Screen Shot 2013-05-02 at 4.58.47 PM

Salah seorang peserta wanita dalam program Kilauan Emas 3.

Screen Shot 2013-05-02 at 4.56.34 PM

Bagi menutup tirai persembahan minggu pertama yang lalu, setiap peserta diminta untuk menyampaikan lagu-lagu medley yang pernah dipopularkan suatu ketika dahulu seperti Pilihlah Aku, Warisan, Kenangan Mengusik Jiwa, Dari Kerana Mata serta Pilihlah Aku.

Kesemua peserta kali ini akan berentap bagi merebut hadiah utama berupa wang tunai bernilai RM 50,000 dan sebuah kereta Grand Livina X-Gear.

Dan untuk pengetahuan, markah untuk setiap peserta kali ini diberikan menerusi juri profesional, 70 peratus dan 30 peratus lagi daripada undian SMS penonton.

Tapi, anda nak tahu apa yang lebih menarik? Ya, OHBULAN! telah menonton program realiti Kilauan Emas 3 ini melalui iPad di sebuah restoran ketika sedang menunggu seorang teman.

Anda tidak tahu bagaimana?

Mudah sahaja, hanya perlu daftar Astro ID secara online di www.astro.com.my dan link-kan Astro ID anda ke smartcard. Untuk keterangan lanjut mengenai proses pendaftaran, sila layari www.astroonthego.com.

Seterusnya bagi pengguna smartphone (android), anda hanya pergi ke Play Store dan download aplikasi Astro-On-The-Go, manakala bagi pengguna iOS sila pergi ke App Store dan download aplikasi yang serupa.

Lepas tu tunggu apa lagi? Daftar masuk di Astro-On-The-Go dengan menggunakan Astro ID anda sendiri. Bila dah ada ID dan password senang, anda boleh login sahaja aplikasi tersebut dan pergi ke ruangan Channel untuk pilih saluran yang anda inginkan.

Jadi, kalau nak tengok Masterchef Selebriti,  kenalah klik pada Astro Warna dan seterusnya menonton program Masterchef Selebriti Malaysia musim ke-2 secara langsung melalui smartphone atau tablet anda.

Lupa pula nak bagi tahu. Kilauan Emas 3 akan bersiaran pada setiap hari Rabu jam 9-11 malam melalui saluran Astro Prima dan juga Astro Mustika HD.

Ell

Ell

Editor at M Driven Sdn Bhd
A marketing student who suddenly throw himself into a world of entertainment. He start himself zero and now you can call him a hero. Wuuuu!

2 Comments

  1. asha says:

    bukan ke dah ade yg terkeluar peserta ni ‘seri’

    (0)
  2. kuring says:

    Saya hairanlah kenapa peserta dari Sabah satu pun tiada yang terpilih. Takkan semua buruk.

    (0)