berita

Tips Atasi Rambut Berkelemumur

July 15th, 2013 | by Ai
Kini Trendy

269744_455897701111221_397899778_n

Pada dasarnya, menjaga kesihatan rambut tidaklah sesukar mana namun jika tidak kena gaya, rambut boleh menjadi rosak, berkelemumur, beruban serta gugur dalam kuantiti yang banyak.

Kebiasaannya, masalah kelemumur ini banyak terjadi kepada wanita yang bertudung kerana kondisi rambut yang terperap dalam jangka masa yang lama.

Kelemumur lazimnya terbentuk disebabkan oleh beberapa perkara seperti kulit kepala kering, tidak mencuci rambut dengan kerap, sensitif pada sesetengah produk dan juga jangkitan kulat.

Disebabkan keadaan iklim yang panas dan lembab, kebanyakan wanita Asia lebih terdedah kepada masalah ini dan sering gagal menemukan penyelesaian. Bahkan, kelemumur yang terlihat di permukaan rambut juga boleh mengurangkan keyakinan diri seseorang itu.

suprising_hair_care_tricks_1

Salun penjagaan rambut dan syarikat pengeluar syampu juga nampaknya semakin peka dengan masalah ini apabila pelbagai rawatan pencegahan kelemumur mula diperkenalkan untuk mengembalikan kesejahteraan rambut.

Tidak kurang juga petua yang diperturunkan melalui orang-orang terdahulu seperti penggunaan daun inai dan serbuk teh, air perahan limau, daun pandan dan juga santan kelapa.

Menurut pengamal rawatan tradisional, pengambilan daun inai dan serbuk teh yang digilis dan dilumurkan ke seluruh kulit kepala boleh mengurangkan kelemumur. Tetapi sebaik-baiknya amalan ini dilakukan tiga kali seminggu untuk mencapai hasil yang sempurna.

solusimasak-Tips-Agar-Santan-dapat-Tahan-Lama-1

Bagi yang mempunyai luka di kepala akibat digaru, jangan sesekali menggunakan perahan air limau untuk merawat. Ini kerana kulit kepala akan berasa sangat pedih apabila air limau mengenai luka. Sebaliknya gunakanlah santan kelapa dan air perahan daun padan yang lebih neutral.

Namun jika anda menggemari sesuatu yang ringkas dan mudah, anda boleh mencuba produk Schwarzkopf Extra Care Anti-Dandruff yang berfungsi untuk mencegah dan merawat kelemumur secara menyeluruh.

Formulasinya yang telah diperbaharui dan diperkaya dengan cecair keratin mampu memberikan anda keselesaan optima serta bebas dari kegatalan. Bagaimanapun jika masalah masih berpanjangan, anda dinasihatkan untuk berjumpa pakar rambut ataupun doktor untuk mendapatkan rawatan.

SKIP THIS AD ×