berita

Tips Tampak Ringkas Tapi Super ‘In-Trend’ Dengan 6 Aksesori Cun Ini!

December 28th, 2015 | by Noraniza
Kini Trendy

BAJU 2 Sebagai seorang wanita, sememangnya memang jadi satu masalah bila nak cari baju untuk keluar. Rasa macam semuanya tak cantik (padahal sendiri beli) dan tak cukup baju (realitinya baju penuh satu almari). Tapi, jangan risau sebab kami nak cadangkan beberapa tips untuk korang nampak simple tapi tetap ‘in-trend’ dengan 6 aksesori ini. Well, dengan aksesori ini, korang tetap nampak bergaya walaupun hanya pakai jeans dan t-shirt. Tak percaya cubalah!

1. Shades always be in trend!

SHADES Jeans lusuh, body t-shirt dan digayakan dengan shades besar gabak. Inilah dikatakan simple tapi masih ber’style’. Kalau korang perhatikan, sebenarnya ramai selebriti gemar bergaya sebegini. Lagipun, bolehlah sorok ‘eyebag’ korang tu. Hehe. Screen Shot 2015-12-17 at 11.51.34 AM

2. Statement necklace pelbagai corak

Screen Shot 2015-12-17 at 11.31.11 AM Cantikkan statement necklace seperti gambar di atas ni? Well, sekarang ni statement necklace pun selalu digayakan dengan baju kurung tau. Lebih-lebih lagi dengan baju kurung kosong tanpa corak. Cun! necklac 2

3. Statement ring pun ‘in-trend’!

rings Dulu orang dok sibuk nak tayang cincin merisik, cincin bertunang, cincin nikah, tapi sekarang ni wanita lebih banyak menyarungkan statement ring ni (lebih-lebih lagi yang single and ready to mingle. hehe). Kalau kami suka corak-corak bunga-bungaan dan haiwan-haiwan comel macam rama-rama ke. Barulah nampak kewanitaan sikit. Tapi tak salah juga jika korang nak jadi ‘ganas’ sikit pun macam kat bawah ni. Tapi jaga-jaga jangan sampai cucuk mata orang. Huhu. ringss

4. Colourful Sling Bag. Nais!

Screen Shot 2015-12-17 at 11.54.54 AM Lebih-lebih lagi untuk si gadis aktif, sling bag bukan sahaja aksesori penambah gaya. Tapi juga praktikal untuk mereka bergerak pantas. Betul tak? Eh, Sling bags yang bawah ni pun comel jugakkan? sling bags

5. Headband persis Taylor Swift. Aum!

headband taylor Kami percaya wanita pasti akan mengalami ‘bad hair day’. Kalau buat wanita Muslimah, selamatlah sebab berhijab. Tapi buat non-Muslim, mesti pening kepala nak cover macamana kan? Well, bukan sahaja korang dapat selesaikan masalah ‘bad hair day’, tapi boleh bergaya persis Taylor Swift bila pakai headband. Terbaik! Nah, tengok simple tutorial di bawah ni. https://www.youtube.com/watch?v=x2a_28jfZec

6. Wristband yang multifunction

Screen Shot 2016-01-11 at 16.13.57

Multifunction Wristband? Apa tu? Untuk pengetahuan korang, ianya bukan sekadar wristband biasa untuk bergaya, tetapi ia dilengkapi dengan pelbagai teknologi canggih, lebih-lebih lagi untuk individu yang aktif.

Trend ni memang tengah top di Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis dan Rusia dan kini nampaknya sudah melanda Malaysia!

Contohnya seperti honor band Z1 yang merupakan ‘fitness tracker band’ dengan aplikasi seperti call reminding, SMS notifications, calorie consumption tracker dan calendar function.

Jadi, memang sangat bersesuaian dengan gaya hidup aktif dan super busy korang tu kan? Malah, Honor band Z1 menggunakan hypoallergenic TPU fabric strap bagi memastikan si pemakai kekal selesa. Yang paling best, dengar kata baterinya boleh bertahan sehingga tiga hari.

Excited? Kami lagi super excited! So, korang kena stay tuned dan follow kami rapat-rapat untuk dapatkan latest update mengenai honor band Z1 ni. Well, korang boleh usha-usha honor band Z1 di sini!

https://www.youtube.com/watch?v=tGYgKGUgB7I Oh ya! Kami sebenarnya nak bagi hadiah dekat korang semua ni. Macamana nak dapatkan hadiah? Basically, dengan hanya menjawab poll di bawah, korang berpeluang untuk memenangi tiket ke big screen “Best Movie of the Year 2015”. Menarikkan? Apalagi, jomlah jawab.

Powered by Typeform

KLIPS

Update terkini: Kami telah melancarkan pengundian ini semenjak 18 Disember lagi dan kini tempoh untuk korang mengundi telah tamat. Bagaimanapun, jika korang nak juga memenangi tiket ke acara tersebut, korang boleh klik sahaja link ini. Jemputan akan mula diedarkan pada 14 Januari 2016. Terima kasih!

SKIP THIS AD ×