berita

Tiz Zaqyah & Azhar Sulaiman Persoal Sebab Pesawat #MH17 Ditembak

July 18th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

azhartiz

Belum habis lagi Malaysia meratapi kehilangan pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu, malam tadi kita dikejutkan dengan berita satu lagi pesawat Malaysia Airliness MH17 terhempas di Ukraine.

Pesawat yang dikatakan dalam penerbangan dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur itu dipercayai ditembak dengan peluru berpandu dari darat ke udara.

Dek kerana insiden ini, ramai selebriti terkenal tanah air melahirkan ucapan takziah. Namun, ada juga yang mempersoalkan mengapa pesawat komersial dari Malaysia itu ditembak.

Screen Shot 2014-07-18 at 1.09.34 AM

Screen Shot 2014-07-18 at 12.40.28 AM

Melalui laman sosial Twitter, pelakon siri ‘Kusinero Cinta’ iaitu Tiz Zaqyah telah memuat naik status seolah-olah mempersoalkan bagaimana pesawat komersial boleh disalahtafsir sebagai jet pejuang.

Malah, Tiz juga telah berkongsi sekeping foto yang jelas menunjukkan dia tidak berpuas hati dengan alasan Rusia yang meminta pesawat MH17 untuk tidak terbang di ruang udara mereka.

Dalam pada itu, Azhar Sulaiman turut dilihat berkongsi idea mengenai perkara yang terselindung disebalik insiden yang terjadi ini.

Screen Shot 2014-07-18 at 12.39.59 AM

Namun, apa sebenarnya yang terjadi masih belum dapat dipastikan. Untuk pengetahuan, pesawat MH17 membawa 280 penumpang dan 15 orang anak kapal.

Apapun, sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk keluarga penumpang dan kru yang terbabit dalam insiden ini. Salam takziah dari kami.

SKIP THIS AD ×