berita

Video: Tomok Bawa Anak Tengok Tomoi

November 22nd, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Screen Shot 2013-11-21 at 16.55.40

Rasanya sekarang ini anak Tomok, Arrianshah Akid lebih popular daripada bapanya. Mana tidaknya, setiap kali Tomok berkongsi video atau foto terbaru Arrian, pasti ada sahaja peminat yang memuji kecomelan dan kebijaksanaan si kecil itu.

Dua hari lepas, Tomok telah memuat naik sebuah video rakaman Arrian yang kelihatan sangat teruja menonton perlawanan tomoi di Siem Reap, Kemboja.

Telatah Arrian pada ketika itu menunjukkan seolah-olah dia sedang bersorak dan seakan faham dengan situasi perlawanan tersebut.

Screen Shot 2013-11-21 at 17.40.31

Gelagat Arrian sewaktu menonton perlawan tomoi

Untuk pengetahuan anda, Tomok baru sahaja berlepas ke Kemboja bersama isteri dan anaknya pada 20 November lepas.

Pengalaman mereka sekeluarga sepanjang berada di negara tersebut bakal dikongsikan dengan peminat menerusi salah sebuah program travelog berjudul Destinasi Ria untuk siaran Astro Ria.

Kalau anda peminat Tomok ataupun Arrian, jom tengok beberapa keping foto percutian mereka dan video di bawah ini. Seronok betul Arrian dapat berjalan!

Kredit foto: Instagram Tomok

SKIP THIS AD ×