berita

Top 10 : Kutipan Filem Terendah Bawah RM400,000 Tahun 2014

October 29th, 2014 | by Ai
Filem Tempatan

Screen Shot 2014-10-29 at 12.58.11 PM

1. Tembus (RM336,978)

Terkejut dan tak percaya. Itulah reaksi kami bila melihat jumlah kutipan filem tembus arahan Ahmad Idham ini. Sebenarnya, kami jangkakan filem ini akan meletop di pawagam.

Bukan sahaja membariskan pelakon-pelakon yang mantap seperti Luna Maya dan Aaron Aziz, tetapi jalan ceritanya yang unik dan lain dari yang lain.

Iyalah, filem bergenre psycho-thriller yang mengetengahkan pelbagai konflik golongan pertengahan usia seperti ini jarang didapati di negara kita.

10629775_666321080103956_2826575135627409943_n

2. Amir Dan Lokman Pergi Ke Laut (RM300,468.50)

Kalau tak silap kami, kebanyakkan masyarakat kita memang gemar dengan filem bergenre komedi kan? Tetapi, dimanakah silapnya hingga filem ini tidak mencapai kutipan setanding filem-filem lain arahan Mamat Khalid?

Hmm, pelik juga kami dengan situasi begini. Apabila kami sendiri menonton filem ini, kami turut menjangkakan ia akan hit dan mungkin bakal mencecah kutipan 1 juta.

Adakah Malaysia sudah bosan dengan filem yang berunsurkan gangster dan komedi? Entahlah…

RUMAH-SEWA-RM-50-JAMIE-JAMESee

3. Rumah Sewa RM50 (RM295,879)

Secara jujurnya, kami tak pernah menonton filem ini. Tetapi kutipannya yang hampir mencecah rm300k ini sungguh memeranjatkan.

Bukan apa, setahu kami filem ini mengisahkan tentang sebuah rumah sewa berhantu yang terletak di Shah Alam. Fuh! Masa belajar dulu, kisah hantu rumah ini paling popular.

Memang seram beb! Tapi, kalau korang tengok rumah yang dikatakan itu sekarang, dah cantik dan tak seseram dulu pun. Hehe.

Screen-Shot-2014-06-10-at-12.21.50-AM-630x274

4. CEO (RM289,597)

Filem ini kami jangka bakal meletop-letop di panggung tau!

Kalau nak tahu, inilah satu-satunya filem yang tak menggunakan lawak bodoh untuk menjadikan jalan ceritanya kelakar. Malah, ia penuh dengan pengajaran dan lawak yang confirm tak buat korang kering gusi!

Kelakar, spontan dan bijak. Ish ish ish, kalaulah CEO ini di ulang tayang, memang kami serbu panggung. Tak bosan walaupun tengok banyak kali.

bd34610b8f406b7e01c1db495590182f

5. ApokalipsX (RM253,446)

Walaupun dibarisi pelakon hebat seperti Farid Kamil, Jehan Miskin, Adam dan Miera Liyana, filem ini turut gagal mendapat kutipan yang memberangsangkan.

Kenapa ya? Hmm, mungkin tahun ini bukan rezeki Mamat Khalid kot.

image

6. Lu, Gua Bro (RM245,742)

Inilah yag dikatakan persamaan tak membawa keuntungan. Ehh, korang jangan pelik. Persamaan yang kami maksudkan adalah dari segi perjalanan cerita.

Cerita ini kan mengisahkan nasib Yu dan Mi yang berasal dari kampung yang sama dan telah dilahirkan pada hari yang sama. Hingga ke sekolah rendah menginjak ke alam remaja dan berubah menjadi dewasa pun mereka kekal bersama-sama.

Tapi sayangnya, mungkin filem ini agak klise untuk ditonton.

10171737_239280526260562_8129696718380098474_n

7. Cara Mengundang Hantu (RM245,448.20)

Filem yang dilakonkan oleh seniwati Mariani dan Rosminah Sidek ini memaparkan kisah seram yang dibahagikan kepada empat kisah yang berlainan dan digabungkan untuk dijadikan sebuah filem.

Filem seram ini juga mendapat sentuhan kreatif pengarah berbangsa India iaitu M.Subash.

Screen Shot 2014-10-29 at 1.10.55 PM

8. Jin (RM223,466.50 )

Walaupun pengaran filem ini, Pierre Andre mengakui menerima pelbagai dugaan mistik, ia tak mampu untuk membawa penonton ke panggung.

Sebenarnya, kami pun kurang minat tengok filem seram ni. Takut terbawa dalam mimpi. Adakah anda juga sama? Jom share dengan kami.

ANKDS

9. Awak Nak Kahwin Dengan Saya (RM220,890.38)

Menceritakan tentang percintaan antara Andika dan Puteri, filem ini secara keseluruhannya boleh buat pankreas korang berdenyus sebab gelak berpanjangan. Uishh, bahaya tu!

Banyak pengajaran yang korang boleh dapat dalam filem ini. Antaranya cinta dua darjat, sikap bos dan pekerja serta cara melayan suami. Kalau korang lihat dari segi plot cerita pun tak berat.

Screen-Shot-2014-01-10-at-11.20.52-PM-630x335

10. Laga (RM158,674.88)

Filem arahan Ismail Yaacob turut mendapat antara kutipan terendah tahun ini. Walaupun menampilkan aksi hebat dan jalan cerita yang unik serta adegan berahi antara Marsha dan Wan Hanafi Su, ia masih gagal menarik penonton ke panggung.

Namun, masih ada lagi beberapa filem yang turut mendapat kutipan rendah. Antaranya ialah Muka Surat Cinta, Fantasia, Fobia Malam pertama, Pintu Neraka dan Hantu Bukit Cina.

Peliknya, ada diantara filem-filem ini yang kami tak tahu kewujudannya. Tahu-tahu sudah berada dipawagam. Apapun, kita nantikan filem-filem yang bakal keluar akhir tahun ini. Box office ke idok?

Sumber : FINAS

SKIP THIS AD ×