berita

Top 10 Selebriti Malaysia Paling Trending Di Google 2014

December 17th, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

trending google 2014

Wah! Kami sangat teruja apabila melihat nama-nama yang tersenarai sebagai ‘Selebriti Malaysia Paling Trending 2014‘. Nak tahu siapa dan kenapa mereka boleh jadi trending di Google? Jom baca sini.

1. Felixia Yeap Masuk Islam

tending google malaysia 2014-2

Gadis mualaf ini mula menjadi perhatian apabila dia berhijrah daripada seorang supermodel majalah ‘Playboy’ kepada seorang model muslimah.

Walaupun banyak kritikan yang diterima, Felixia Yeap ataupun nama Islamnya Raisyyah Rania tetap istiqamah dalam penghijrahannya.

2. Hanez Suraya Kena Blacklist Sebab Cinta Suami Orang

tending google malaysia 2014-3

Disebabkan bercinta dengan suami orang, nama Hanez Suraya dilihat menjadi selebriti yang paling dicari menerusi google untuk tahun 2014.

Malah, disebabkan isu tersebut, pelakon jelita bukan sahaja dikecam oleh rakyat Malaysia, malah dia telah di’blacklist’ oleh ramai pengarah dan penerbit filem.

3. Keith Foo Laku Sebab Ariana Rose

tending google malaysia 2014-4

Lakonannya dalam drama ‘Ariana Rose’ sebagai Tengku Adam Kamil ternyata memberi kesan mendalam di jiwa peminat. Malah, drama tersebut juga berjaya dinobatkan sebagai drama kedua paling banyak dicari menerusi Google pada tahun 2014. Cayalah!

4. Sharifah Aini Meninggal Dunia

tending google malaysia 2014-1

Malaysia bagaikan kehilangan sebutir permata apabila Allahyarham primadona Sharifah Aini disahkan meningal dunia pada 5 Julai yang lalu.

Dikatakan meninggal dunia akibat jangkitan pada paru-paru, Allahyarham telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara pada hari yang sama.

5. Erra Fazira Cerai Talak Satu

tending google malaysia 2014-5

Pada bulan Februari yang lalu, Erra Fazira dan Engku Emran telah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah. Mahkamah juga memberikan hak penjagaan anak tunggal mereka, Engku Aleesya kepada bekas suaminya.

6. Eina Azman Kini Bergelar Datin Paduka

tending google malaysia 2014-6

Yeah. Perkahwinan pelakon jelita ini dengan Datuk Paduka Gurmet (Gmix) Singh boleh diiktiraf sebagai ‘Wedding Of The Year ‘. Mana taknya, Eina menerima wang hantaran sebanyak RM77,000 dan sebuah kereta Chevrolet d hari bahagianya itu.

7. Wak Doyok & Misai Berpisah Tiada

tending google malaysia 2014-7

Terkenal dengan #AkuYangPakaikoYangPanas, Wak Doyok adalah ikon fesyen Malaysia paling meletop 2014 dengan menampilkan pelbagai rekaan unik pada busananya. Eh! Jangan lupa Wak Doyok memang signifikan dengan misai melentiknya itu.

8. Puteri Sarah Liyana Kahwin Syamsul Yusof

tending google malaysia 2014-10

Setelah selamat bergelar isteri kepada pengarah terkemuka, Syamsul Yusof pada bulan Mac yang lalu, pelakon cantik ini kini dilihat senyap daripada industri. Yelah, mesti nak fokus kepada rumahtangga pula kan?

9. Tasha Shilla Berasmara Dalam Toilet?

tending google malaysia 2014-8

Pelakon yang mempunyai tubuh mengiurkan ini memang tak henti dihambat kontroversi. Yang paling panas tentulah gosip yang mengatakan bahawa dia dan teman lelakinya berasmara dalam bilik air di lokasi penggambaran. Pelik!

10. Joyce Chu Malaysia Chabor Paling Cun!

tending google malaysia 2014-9

Percaya atau tidak, muzik video ‘Malaysia Chabor’ telah berjaya memperolehi lebih daripada 7 juta tontonan dalam youtube! Joyce Chu juga adalah ahli kepada RED People di bawah kelolaan rapper, Namewee.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×