berita

Top 5 Filem Tempatan Paling Laris 2014

December 23rd, 2014 | by Wan
Filem Tempatan

filemmm

Boleh tak kalau kami simpulkan bahawa industri perfileman tempatan pada tahun ini agak hambar? Walaupun banyak filem yang dihasilkan, itu bukanlah jaminan bahawa filem-filem berkenaan mendapat kutipan yang tinggi.

Walaupun ada beberapa filem yang masih menunggu tarikh untuk ditayangkan, filem seperti The Journey berjaya mendapat tempat di hati penonton.

Jomlah kita throwback sikit top 5 senarai filem tempatan yang boleh dikatakan agak laris untuk tahun 2014.

The Journey (RM 17.1 Juta)

thejourneymovieposter

The Journey boleh dikatakan penyelamat kepada industri filem tempatan. Mula ditayangkan sekitar Januari yang lalu, filem arahan Chiu Keng Gua ini berjaya mengumpul kutipan tiket tertinggi sebanyak 17.2 juta mengenepikan rekod yang dipegang KL Gangster.

Filem terbitan Astro Shaw ini mengisahkan tentang Uncle Chuan yang berpegang teguh pada adat, berasa kecewa apabila anak tunggalnya, Bee ingin berkahwin dengan jejaka Inggeris, Benji.

Abang Long Fadil (RM 4.6 Juta)

longg

Abang Long Fadil merupakan naskah kedua selepas Saya Amat Mencintaimu (SAM) hasil arahan pengarah muda berbakat Syafiq Yusoff.

Membariskan pelakon-pelakon terkenal tanah air seperti Zizan Razak, Tauke Jambu, Syamsul Yusoff, dan Aaron Aziz, filem ini berjaya mengutip 4.6 juta.

Ah Beng The Movie (RM 4.1 Juta)

AH+BENG

Filem kantonis terbitan The Film Engine yang ditayangkan selama 35 hari di pawagam-pawagam terpilih serata tanah air ini berjaya mendapat kutipan sebanyak 4.1 juta.

Padat dengan kisah komedi yang pasti tak kering gusi, filem ini mengisahkan tentang warga Cina tempatan yang akan menyambut tahun baru, namun Ah Beng terpaksa membatalkan sambutan tahun baru kerana diberi tugasan oleh syarikatnya.

Huat Ah! Huat Ah! Huat Ah! (RM 3.6 Juta)

HuatAhHuatAhHuatMoviePoster

Membariskan Ah Niu dan Joyce Cheng sebagai teraju utama, filem ini mengisahkan tentang seorang pemuda yang bernama Ah Huat yang jujur dalam menjalani kehidupan sehariannya dan sentiasa melayan semua orang dengan baik.

Mendapat kutipan tiket sebanyak 3.6 juta, pencapaian filem Cina ini sesuatu yang boleh dibanggakan jika dibandingkan dengan kebanyakan filem Melayu yang indah khabar dari rupa.

Balistik (2.2 Juta)

balis

Setelah namanya melonjak kembali menerusi filem KL Gangster 2, Rosyam Noor tampil bergaya melalui filem terbaru lakonannya Balistik.

Mengisahkan tentang  perjalanan hidup Saga (Rosyam), seorang pembunuh upahan dan ahli kongsi gelap, filem yang turut dibarisi pelakon terkenal tanah air seperti Adi Putra dan Rita Rudaini ini berjaya mengutip sebanyak 2.2 juta.

SKIP THIS AD ×