berita

Trailer : “29 Februari”, Filem Cinta Sepanjang Zaman

August 29th, 2012 | by Ai
Filem Antarabangsa

Pernahkah anda dengar cinta sejati? Ataupun cinta yang tidak pernah pudar walaupun sudah tua?

Sebuah lagi filem arahan Edry Abdul Halim dari KRU Studios bakal menjengah esok (30 Ogos), dan OHBULAN! pasti anda tidak mahu terlepas sebuah filem yang mengisarkan tentang cinta seorang lelaki kepada wanita walaupun sudah terpisah lama.

Bagi sebuah filem yang menggunakan teknologi dan format terbaru, ‘Stereoscopic 3D (S3D), filem ini berjaya dibikin dengan kualiti yang tinggi dan memuaskan hati. Sebagai sebuah filem tempatan, visual-visual klasik bersejarah juga telah berjaya dihidupkan semula dan ianya selari dengan kisah percintaan di antara Budi (Remy Ishak) dan juga Lily (Jojo Goh).

Gandingan mantap diantara Jojo Goh dan juga Remy Ishak telah menghidupkan kisah cinta diantara mereka yang berlainan kaum. Apa yang pasti, kisah cinta mereka bermula secara tipikal dimana pertemuan pandang pertama menjadi memori dan juga kesungguhan Budi untuk memikat hati Lily.

Jika anda pernah menonton filem-filem seperti Ombak Rindu dan Lagenda Budak Setan, kedua buah filem tersebut mempunyai kisah cinta yang berlainan namun boleh dikatakan sama hebat. Kini, anda boleh tonton “29 Februari” untuk melihat bagaimanakah kisah cinta sepanjang zaman ini dan juga pengakhirannya.

Filem ini akan mula ditayangkan di panggung wayang seluruh Malaysia esok (30 Ogos). Jangan lepaskan peluang anda ya!

Rating : 4/5

SKIP THIS AD ×