berita

Trailer : Bakal Tayang Ogos Depan, Teenage Mutant Ninja Turtles Tak Sesuai Untuk Kanak-Kanak?

March 31st, 2014 | by Noraniza
Filem Antarabangsa

Screen Shot 2014-03-28 at 4.36.46 PM

Apakah ciri-ciri yang biasa ditonjolkan untuk menjadi perwira dalam setiap filem superhero? Sudah pasti perwira tersebut perlu memiliki paras rupa yang menarik, gagah perkasa dan memiliki kesatriaan unik masing-masing.

Namun, untuk Teenage Mutant Ninja Turtle (TMNT) ada sedikit keunikan bakal dipertontonkan kerana heronya hanya terdiri daripada 4 ekor penyu.

Buat mereka yang memang mengikuti komik TMNT, pasti anda masih ingat dengan watak Raphael, Donatello, Leornado dan Michelangelo yang masing-masing mempunyai karakter dan kemahiran tersendiri.

Screen Shot 2014-03-28 at 4.42.45 PM

Watak superhero penyu juga digemari kanak-kanak

Filem arahan Michael Bay yang bakal ditayangkan pada bulan Ogos ini mengisahkan tentang sekumpulan penyu yang dicipta untuk menjadi perwira dengan misi untuk menyelamatkan bumi.

Menerusi pemerhatian kami, TMNT yang asalnya diambil daripada komik ini bukan sahaja mampu menarik minat penonton dewasa, malah kanak-kanak juga pasti gemar melihat haiwan secomel penyu diangkat sebagai superhero.

Screen Shot 2014-03-28 at 4.40.57 PM

Antara babak ganas yang tidak sesuai ditonton kanak-kanak

Namun, ramai ibubapa dilihat agak berang kerana filem terbaru TMNT ini dikatakan lebih sesuai untuk ditonton oleh golongan dewasa kerana terdapat beberapa babak yang dikira agak keterlaluan untuk kanak-kanak.

Screen Shot 2014-03-28 at 4.17.11 PM Screen Shot 2014-03-28 at 4.17.51 PM

Screen Shot 2014-03-28 at 4.41.40 PM

Megan Fox turut berlakon dalam ‘Teenage Mutant Ninja Turtle

Untuk makluman, TMNT juga pernah difilemkan pada tahun 1990 dan seterusnya menghasilkan 2 buah lagi sekuel dengan teknologi 3D pada tahun 2007

Filem TMNT ini juga menampilkan beberapa orang pelakon hebat seperti Megan Fox, Will Arnett, Alan Ritchson, Noel Fisher, William Fichtner dan Jeremy Howard. Macam menarik kan? Apakata kita lihat trailer movie ini terlebih dahulu!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×