berita

Sneakpeak Iron Man 3: Tony Stark Cipta Lebih Banyak Sut?

April 18th, 2013 | by Ai
Filem Antarabangsa

iron_man_3_official-wide

Bagi anda yang mengikuti filem ‘Iron Man’ lakonan hebat, Robert Downey Jr , jangan lepaskan peluang untuk mengikuti sambungan siri ke-3 filem tersebut yang dijangka bakal menemui penonton mulai penghujung April ini.

Menerusi trailer terbaru ‘Iron Man 3,’ nampaknya filem ini bakal menjanjikan sebuah filem aksi yang lebih menarik dan hebat kerana Tony Stark (Iron Man) tidak lagi berjuang berseorang dalam menyelamatkan penduduk bumi.

Bagi siri kali ini, Tony Stark bakal dibantu oleh beberapa Iron Man lain dan salah seorang daripada mereka adalah sahabat baiknya sendiri iaitu Colonel James.

Wah, pasti aksi-aksi pertarungan akan menjadi lebih hebat dan mantap berbanding siri-siri terdahulu bukan? Agaknya siapa akan jadi rakan baru Iron Man ini? Adakah mereka mempunyai nama sendiri?

Iron Man 3

Jika siri terdahulu, kita boleh saksikan kediaman Tony Stark telah diserang dan dimusnahkan oleh pihak lawan, nampaknya untuk siri kali ini insiden yang serupa bakal berulang kembali, dan kali ini kostum-kostum Iron Man turut dimusnahkan.

Apakah akan terjadi kepada Iron Man selepas itu? Bolehkah Tony Stark menyelamatkan kostum kesayangannya? Untuk ketahui lebih lanjut, jangan lupa untuk saksikan filem tersebut di pawagam anda mulai minggu hadapan. Pastinya pelbagai insiden yang tak dijangka bakal berlaku kepada hero filem tersebut.

Memandangkan filem “Iron Man” mempunyai peminatnya yang tersendiri, oleh itu pihak Marvel Music telah mengambil peluang yang ada untuk melancarkan sebuah album berjudul “Heroes Fall.”

Secara umumnya kesemua lagu yang terkandung menerusi album tersebut merupakan inspirasi daripada filem “Iron Man 3” itu sendiri.

Dalam pada itu, sebuah soundtrack muzik berjudul “Marvel’s Iron Man 3” juga dijangka akan dilancarkan pada 30 April hadapan, selaras dengan tayangan filem tersebut yang dijadualkan bakal menemui penonton pada 25 April ini.

Apa pun bagi semua peminat filem “Iron Man 3” jom saksikan sedikit sedutan trailer filem tersebut selepas ini. Selamat menonton :

SKIP THIS AD ×