berita

Trailer KIL : Kerana Cinta Pertama, Dia Batalkan Niat Bunuh Diri

April 23rd, 2013 | by Ai
Filem Tempatan

Screen Shot 2013-04-23 at 11.22.47 AM

Kali terakhir kami menonton trailer dari filem tempatan yang berkualiti seperti ini rasanya adalah trailer filem Sepi, arahan Khabir Bhatia.

Namun kini, Grand Brilliance dengan kerjasama Flux Visual Lab telah menerbitkan sebuah filem bertajuk ‘Kil’, menampilkan muka yang jarang dilihat seperti Redza Minhat dan juga Cristinna Suzzane sebagai tunjang utama filem ini.

Menerusi trailer yang ditayangkan, filem ini berkisarkan tentang sebuah organisasi yang diwujudkan untuk mereka yang ingin membunuh diri. Segala keputusan yang dibuat, tidak boleh ditarik semula. Namun, kerana cinta pandang pertama, semuanya berubah. Apakah yang akan terjadi selepas itu?

Screen Shot 2013-04-23 at 11.23.02 AM

Menariknya dalam trailer ini, teknik sinematografi serta mood pencahayaannya memberikan satu kepuasan dan perasaan yang menusuk kedalam jiwa penonton. Skor muziknya yang bertepatan dengan scene juga memberikan satu pengalaman baru kepada para penonton untuk menjiwai filem ini.

Dan menerusi komen yang ditulis, ada penonton yang menggelarkan Cristina Suzzane sebagai Zooey Deschanel Malaysia. Anda setuju tak? Bagi yang tidak tahu, Zooey Deschanel adalah pelakon filem “500 Days of Summer” dan juga siri tv “New Girl”.

Screen Shot 2013-04-23 at 11.24.22 AM

Penampilan Harun Salim Bachik yang membawakan watak serius dalam filem ini juga sebenarnya membuatkan kami sedikit kekok ketika menonton trailer ini. Ya lah, siapa yang tak kenal dengan kumpulan Boboi. Namun, kami pasti, sebagai pelakon berpengalaman, Harun Salim Bachik mampu memberikan impak kepada penonton melalui wataknya.

Screen Shot 2013-04-23 at 12.03.30 PM

Rata-rata penonton memberikan feedback yang positif terhadap trailer ini. Adakah ia mampu menjadi sebuah filem yang mampu menambat hati penonton di Malaysia? Kita tunggu saja di hari tayangannya nanti ya!

Filem ini turut menampilkan Harun Salim Bachik, Hasnul Rahmat dan juga Dira Abu Zahar. Ia akan ditayangkan di seluruh pawagam pada 30 Mei 2013. Jom tonton trailer filem ‘Kil’ selepas ini!

SKIP THIS AD ×