berita

Trailer: KL Zombi, Nasib Kuala Lumpur Di Tangan Zizan

August 20th, 2013 | by Ai
Filem Tempatan

Screen Shot 2013-08-20 at 15.22.44

Nampaknya sudah menjadi ‘trend’ produksi tempatan untuk menghasilkan filem dan drama yang diadaptasi mahupun diinspirasikan daripada sebuah novel.

Selain daripada novel komersial, ramai juga pembikin filem yang mensasarkan novel-novel fixi sebagai sumber mereka untuk mendapatkan idea.

Terbaru, Grand Brilliance sekali lagi bakal melancarkan sebuah filem berjudul KL Zombi yang diinspirasikan dari novel Zombijaya oleh penulis Adib Zaini.

Screen-Shot-2013-07-15-at-2.40.55-PM

KL Zombi yang diarahkan oleh Woo Ming Jin mengisahkan tentang lima orang sahabat, Nipis (Zizan Razak), Kamarul, Ana, Sofia dan Aliff yang sedang meraikan sambutan Tahun Baru apabila secara tiba-tiba salah seorang daripada mereka digigit oleh anjing pembawa virus.

Virus zombi itu lama-kelamaan merebak ke seluruh Malaysia dan sejak dari itu keadaan menjadi huru-hara dan segala rutin berubah.

Di dalam kekalutan itu, hanya Nipis sahaja yang dipercayai mampu menyelamatkan keadaan. Dalam masa yang sama, Nipis mencadangkan mereka yang terselamat berpindah ke Putrajaya kerana menganggap kerajaan mempunyai kubu anti-serangan nuklear di sana.

Screen Shot 2013-08-20 at 15.27.10

Selain daripada Zizan, filem bergenre komedi seram ini turut dibarisi oleh pelakon-pelakon terkenal seperti Siti Saleha, Izara Aishah, Zain Hamid, Iedil Putra dan Faezah Elai.

Menerusi trailer yang dilancarkan oleh GB, memang tak dapat dinafikan bahawa KL Zombi mampu mencuit hati penonton dengan gelagat Zizan yang sedia kelakar.

Namun dalam masa yang sama, timbul juga kerisauan di hati peminat yang menganggap KL Zombi mungkin tidak menepati jalan cerita sepenuhnya seperti di dalam novel.

Tetapi jika anda masih ingin tahu sama ada Nipis berjaya menyelamatkan Kuala Lumpur dan kawan-kawannya dari serangan zombie ataupun tidak, sama-samalah kita nantikan tayangannya di pawagam seluruh Malaysia pada 29 Ogos 2013.

Bagaimanapun, OHBULAN! sertakan trailer KL Zombie di bawah untuk tontonan anda. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×