berita

Trailer ‘Mencari Cinta’ Lakonan Nora Danish & Rusdi Ramli Dilancarkan

May 14th, 2012 | by M | 12 comments
Filem By UIP

Trailer ‘Mencari Cinta’ versi raw edit lakonan Nora Danish & Rusdi Ramli yang dilancarkan sejak 7 Mei lalu mula mendapat respon yang positif daripada peminat. Filem ini berkisarkan Razlan lakonan Rusdi Ramli, seorang pengusaha lembu dan kambing. Walaupun berpelajaran tinggi, dia tetap mahu pulang ke kampung untuk mengerjakan ladang ternakan milik keluarganya. Dia mempunyai tunang bernama Mila lakonan Fouziah Gous, namun Mila telah memutuskan pertunangan mereka tanpa sebab.

Dia kemudian terpaksa berkahwin dengan Myra lakonan Nora Danish yang ditinggalkan bakal suaminya, Malek di saat majlis perkahwinan mereka kerana Malek mempunyai teman wanita yang lain. Bapa kepada Myra, Tan Sri Johan akhirnya mendapat idea untuk meminta pertolongan kakak iparnya Ramlah isteri kepada arwah abangnya iaitu ibu bapa Razlan.

Jodoh temukan Myra dan Razlan namun latar belakang Myra dan Razlan begitu berbeza dimana Razlan dibesarkan cara kampung yang beradat, manakala Myra anak orang kaya yang moden cara pemikirannya. Di situ berlakunya konflik antara mereka berdua di mana pertemuan yang pada mulanya tidak sehaluan bertukar menjadi cinta sejati.

Trailer selepas ini.

M

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

12 Comments

  1. bb says:

    Trailer macam syok! :D

    (0)
  2. kaktus says:

    i notice nora danish ni jd popular sangat2 sejak dia diceraikan dan gaduh dgn fasha. klu tak, takde nya nak meletup mcm sekarang. dia hanya nama kecil yg dikenali dgn watak puteri. bertahun2 bergaduh dah tentulah nama di sebut2 sebagai mangsa rampasan suami. fasha pula disebut2 sbg perampas selama bertahun2. sedikit sebanyak kontroversi ni sebenarnya membawa nama mereka berdua ke peringkat penuh glamour!

    (0)
  3. Pondan Sepi says:

    CITE MELAYU NI XDE KE JALAN CITE YG KLISE DR NI?

    (0)
    • film maker melayu says:

      tengok dulu baru pondan sepi nak komen,jangan hina ceta melayu. Ceta korea,hindustan pun adakala jalan ceritanya sama tapi ganrapannya berbeza. orang tetap layan,bila filem melayu suka je kutuk. saya film maker,saya nak didik orang malaysia khususnya orang melayu menghargai budaya sendiri. Tonton dan supportlah kita orang melayu :))

      (0)
  4. D says:

    :p igtkan drama td.. pelakon tu pelakon drama jer ha….

    (0)
  5. Azan says:

    i LOVE u, nora danish! at least ur not hyppo hypo mcm itu fasha sendat!

    (0)
  6. zz says:

    mcm best je. especially kat masa rusdi kucup dahi nora n renung mata nora. syahdu sgt. nak tgk la. agaknya lebih best dari Ombak rindu tak?

    (0)