berita

Travel 11 Hari Cuma RM 683, Lelaki Ini Kongsi Itinerari & Bajet Lengkap Merentas Tanah Jawa Secara Solo

October 7th, 2016 | by Shafika
Travelogue

transjava

Trans Java dalam kamus travel biasanya satu perjalanan merentasi Tanah Jawa dengan menaiki keretapi atau apa-apa jenis kenderaan darat yang lain, lebih kurang macam Trans Siberia (naik keretapi merentasi China dan Russia). Jadinya kalau korang naik domestic flight kiranya dah keluar dari definisi Trans Java la kut. Hehe

Kali ni kasi share pengalaman brader ni merentasi trans java secara solo dengan bajet minimun. Memang power beb!

Terpaksa travel ‘solo’

ruka4

Alhamdulillah, misi transjava kali ini berjaya. Walaupun perancangan asalnya dengan 5 orang, entah macam mana, seorang-seorang cabut diri. Maka, terpaksalah aku memutuskan untuk mengembara ke tanah jawa secara solo selama hampir 2 minggu. Perasaan takut, gelisah dan dilemma ternyata wujud pada mulanya disebabkan ini pertama kali aku keluar mengembara secara solo. Jadi, inilah pengembaraan aku.

ruka1

Sekumpulan anak muda Indonesia yang turut memanfaatkan cuti mereka dengan menyaksikan keindahan Kawah Ijen.

HARI 1

Penerbangan AirAsia dari KLIA 2 ke Juanda International Airport, Surabaya (2 jam 30 minit perjalanan).
Naik bas DAMRI ke Terminal Bungurasih (Rp25k)
Beli simcard simPATI 4G (Rp60k)
Berjumpa dengan pak supir yang akan menguruskan perjalanan ke Kawah Ijen, dan Baluran. Open trip, so memang aku seorang je warga Malaysia dalam van tu, selebihnya local. Segan jugak mula-mula tu, tapi lepas tu terus jadi kawan haha (Pakej tour = rp325k)
Pukul 9 malam, mula bergerak ke Kawah Ijen, melalui laluan Surabaya-Bondowoso-Paltuding (7-8jam perjalanan)
*Pakej ‘Balawan Projek,’ termasuk dengan transport pergi balik dari Surabaya ke Kawah Ijen, guide dan tiket masuk (local price) ke Kawah Ijen, sarapan pagi, transport dan tiket masuk ke Taman Nasional Baluran. Ni no contact supir tu (+6812-3828-7128).

*Plan asalnya nak pergi sendiri je Ijen. Tapi, disebabkan tiket kereta api yang dah habis, tambahan harga pakej yang ditawarkan oleh pak supir nampak seakan lagi berbaloi, jadi aku ambil je pakej tu. Kalau nak pergi ke Ijen sendiri, caranya :

– Ambil kereta api dari Stesen Keretapi Api Gubeng, Surabaya ke Stesen Karangasem (stesen kedua terakhir sebelum stesen Banyuwangi) (Rp120-160k)

– Sewa motor ke Pos Paltuding (pastikan download map siap2), jalan nya boleh tahan jugak. Banyak naik bukit. (Rp70k)

– Kat Pos Paltuding, tunggu je sampai tengah malam, nanti mula hiking dengan local kat situ, tak perlu sewa guide dan penginapan seperti kebiasaan orang lain buat. Jimat bukan?

– Untuk pulang ke Surabaya, boleh pilih samada nak naik train balik atau bas. (Rp120-160k)

TOTAL KOS : Rp410k = Rm127

ruka2

“The Unsung Hero” Penambang sulfur yang senantiasa bekerja keras demi periuk nasi mereka biarpun hasilnya tidak seberapa. Doakan mereka dimurahkan rezeki selalu ya.

ruka3

Asap sulfur yang kelihatan keluar dari Kawah ijen. Dinasihatkan untuk membawa penutuphidung (mask) disebabkan asap sulfur dari kawah Ijen yang agak berbahaya sekiranya dihidu secara berlebihan.

HARI 2

– Pukul 3.00 pagi, pendakian ke Kawah Ijen (1-2 jam). Menyaksikan “blue flame” dan sunrise di puncak.

– Pukul 6.30 pagi, mula turun ke starting point, Paltuding.

– Selesai bersarapan pagi, terus bergerak ke Taman Nasional Baluran (4 jam perjalanan)

– Tiba di padang savannah, Baluran. Tempat ni cantik untuk photoshoot.

– Pulang semula ke Terminal Bungurasih, Surabaya

– Bermalam di rumah kawan di Surabaya. Jimat hehe

*kalau nak melihat Blue Flame, dinasihatkan mula mendaki pada pukul 1-2 pagi, disebabkan waktu terbaik untuk melihatnya adalah santara pukul 3-5 pagi.

TOTAL KOS : RM 0 ( Dah termasuk dalam pekej Ijen + Baluran)

ruka5

Padang Savannah, Taman Nasional Baluran. Tempat ni cantik untuk photoshoot, Cuma panas sikit.

HARI 3

  • Melawat Masjid Sunan Ampel
  • Bersiar-siar dan makan di sekitar kota Surabaya. Selebihnya banyak berehat disebabkan sedikit kepenatan huhu

 

*Antara tempat-tempat menarik lain di Surabaya yang tak sempat dilawati,

– Masjid Cheng Ho

– House of Semporna

– Muzium Kapal Selam

– Dan banyak sgt shopping mall

 TOTAL KOS : RM0 (Sepanjang di Surabaya, transport dan makan, kawan baik yang belanja. Alhamdulillah. Rezeki )

HARI 4

  • Tumpang motor kawan ke Terminal Bungurasih Surabaya
  • Naik bas PATAS ke Probolinggo ,3 jam perjalanan. (Rp30k)
  • Tiba di Stesen Bas Probolinggo dan bergegas ke Depot Marina
  • Naik bison ke Cemoro Lawang, Bromo , 1 jam perjalanan. (Rp40k)
  • Menginap di Café Lava Hostel semalam. Berkongsi bilik dengan Harry dari Swiss. Baru kenal jugak di Probolinggo, terus ajak tidur sebilik. Nak jimat lah kan? Haha (Rp87k)
  • Bersiar-siar di sekitar Cemoro Lawang sementara menunggu hari gelap. Ambil feel dulu sebelum nak hiking besok pagi.

*Dari Probolinggo, boleh pilih nak naik ojek (motosikal) atau bison (minibus). Seeoloknya naik bison kerana lebih murah dan selamat, cuma leceh siket sebab kena tunggu penuh baru jalan. Harga satu bison Rp520k, so lagi ramai lagi murah. Dan paling lewat boleh dapatkan bison adalah sebelum pukul 4.oo petang.

*Cara nak cari bison, boleh google maps (Depot Marina), kat situ banyak bison yang sedang menunggu penumpang. Atau tanya je “Toto Travel”, kedai kat stesen bas Probolinggo tu, yang boleh dipercayai berbanding kedai-kedai  yg lain. Dan Toto Travel ni memang selalu berhubung dengan pemandu bison tu. So sangat boleh dipercayai lah ya.

*Antara homestay, hotel atau guesthouse yang boleh dipilih dan dikategorikan sesuai untuk para backpacker

– Losmen Setia Kawan                 

– Budi Jaya Homestay

– Yoshi Guest House

– Bromo Surya Indah Homestay

TOTAL KOS : Rp157k = RM49

HARI 5

  • Bangun pukul 3.30 pagi dan terus berjalan kaki seorang diri ke Penanjakan 2 (I jam 15 minit perjalanan). Sepatutnya gerak dengan Harry, tapi aku yang terlambat bangun sikit huhu
  • Layan sunrise Gunung Bromo, Gunung Batok dan Cemoro Lawang dari Penanjakan 2. Cantik. MashaAllah. Macam dalam lukisan.
  • Naik ojek turun ke starting point. Terpaksa guna sebab penat hehe(Rp10k)
  • Bergerak sendiri (jalan kaki) dari Café Lava Hostel ke Gunung Bromo (I jam perjalanan). Jauh lah jugak rupanya, ingatkan dekat je. Paling seksa masa nak naik tangga ke puncak tu, hampir 300 anak tangga. Azab. Menyesal pun ada haha.
  • Tiba di puncak Gunung Bromo. Setelah puas bergambar, ambil ojek pulang ke Café Lava Hostel semula. (Rp25k)
  • Bersiap-siap dan check out dari Café Lava Hostel
  • Naik bison turun ke Probolinggo. (Rp50k)
  • Naik minivan ke Jogjakarta. (Rp150k)

*Ada beberapa cara untuk menghayati permandangan indah di Bromo.

– Sewa jeep. Boleh booking siap-siap dari Malaysia melalui supir-supir yang boleh dipercayai. Tapi, ada jugak jenis open trip, boleh tanya kat mana-mana supir setelah tiba di Bromo nanti. Banyak je. Biasanya harga satu jeep untuk ke Bromo dan Penanjakan adalah rp400k untuk 4 orang. Sekiranya berminat nak pergi ke Pasir Berbisik dan Padang Teletubbies, kena tambah lagi rp200k. So total dalam rp600k.

– Jalan kaki dan redah sendiri. Untuk yg lebih berjiwa backpacker dan senantiasa inginkan cabaran yang lebih, aku sarankan untuk pergi berjalan kaki ke. Trek mudah je, cuma jauh siket. Jimat pun jimat, lagi-lagi kalau memang jenis travel solo tu. 

* Cara nak dapatkan minivan, tanya je Toto Travel kat stesen bas Probolinggo tu.

TOTAL KOS : Rp235k = RM73

ruka6

Penulis dan berlatarbelakangkan Gunung Batok.

ruka7

Permandangan Cemoro Lawang (kiri) dan Gunung Bromo (kanan) dari Penanjakan 2. SubhanaAllah 

ruka8

Penulis dan berlatarbelakangkan Gunung Bromo. Acah je cool, padahal dah pewai terok berjalan kaki haha.

ruka9

Di atas puncak Gunung Berapi Bromo. Pertama kali melihat kawah gunung berapi. Bromo kelihatan ganas dan berbahaya sikit. Bunyi kawah tu boleh tahan seram.

ruka10

Permandangan Gunung Bromo dan Gunung Batok, yang dikelilingi awan kapas di waktu pagi. SubhanaAllah cantik. Macam dalam lukisan.

ruka11

Tangga yang harus didaki sebelum sampai ke puncak Gunung Bromo. Lebih kurang 300 anak tangga.

HARI 6

  • Tiba di Jalan Sosrowijayan, Jogjakarta setelah menempuh perjalanan selama 14 jam. Fuh. Gila lama jugak aku rasa.
  • Check in di Hotel Indonesia, Jalan Sosrowijayan semalam. (Rp70k)
  • Naik bas ke Terminal Borobudur (Rp24k)
  • Naik beca ke pintu masuk Borobudur (Rp10k)
  • Masuk ke Borobudur dengan tiket warga asing. Cuba untuk menyamar sebagai local tetapi gagal. Kah. Kantoi. (Rp130k)
  • Pulang semula ke Hotel Indonesia
  • Berjalan kaki ke Sultan Palace dan Taman Sari (30 minit)
  • Berjalan kaki ke Alun-alun Kidul (Utara dan Selatan)
  • Shopping di Jalan Barang-barang murah je tapi bajet pulak takde.

*Jalan Malioboro, Jalan Sosrowijaya dan Jalan Prawiatoman 2. Ketiga-tiga kawasan ini merupakan tempat tumpuan para backpacker disebabkan terdapat banyak hostel, homestay atau hotel yang murah dan cocok dengn bajet.

* Cara naik bas ke Borobudur ; naik bas dari Stesen Malioboro 1 ke Stesen Ahmad Dahlan (Bas transjogja 1A), kemudian naik bas ke Terminal Jembor (bas transjogja 3R)(Rp3.5k). Setibanya di sana, cari bas ke Terminal Borobudur(Rp20k). Dari Terminal Borobudur nak ke pintu masuk Borobudur, boleh pilih nak naik beca, kereta kuda atau jalan kaki. Tapi, dekat je, jalan kaki pun boleh.

TOTAL KOS: Rp234k = RM73

ruka12

Satu-satunya stupa di candi Borobudur yang dibuka.

ruka13

Candi Borobudur

HARI 7

  • Naik bas lompat ke Dataran Tinggi Dieng (Rp60k). Paling penat sebab terpaksa tukar bas beberapa kali. Kondisi bas tu jangan tanya lah macam mana, sendiri pergi dan rasa.
  • Check in di Penginapan Bu Djono semalam (Rp70K)

*Caranya, naik bas Transjogja ke Terminal Jembor (Rp3.5k). Cari bas ke Terminal Magelang (Rp12k).Kemudian, naik bas ke Terminal Wonosobo/Mendelo (Rp25k). Setibanya di sana, cari minibus ke Dieng (Rp20k).Total perjalanan dalam 4-5 jam. Sebaik-baiknya tiba awal di Wonosobo, kerana minibus ke Dieng agak terhad.

TOTAL KOS : Rp130k = RM40

HARI 8

  • Check out Penginapan Bu Djono
  • Berjumpa dengan supir Abang Naim (Boena Adventure)
  • Pakej Boena Adventure (Rp650k)
  • Melawat Telaga Warna (Rp8k)
  • Melawat Petak 9/Bukit Sidengkeng (Rp8k)
  • Check in di homestay yang terletak lebih berhampiran dengan basecamp Gunung Prau. (Rp100k)

*Harga pakej ke Dieng untuk 3 hari 2 malam (Rp650k). Harga sepatutnya lebih mahal, tapi disebabkan budi bicara dan jasa baik abang Naim, aku dimurahkan rezeki dapat harga sebegini murah. Terima kasih abang Naim. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa abang Naim. Kalau berminat nak join trip beliau, boleh ambil no contact abang Naim (+62 858-4239-0774). Sangat-sangat berbaloi.

*Harga termasuk penginapan di homestay basecamp Gunung Prau, sewa motor dan bensin untuk 2 hari, sewa parking, sewa khemah dan peralatan camping, guide ke Gunung Prau, Bukit Sikunir dan wisata-wisata lain di Dieng, tiket masuk ke Telaga Warna, Bukit Sidengkeng, Candi Arjuna dan Kawah Sikidang  serta makan dan minum sepanjang 3 hari 2 malam tersebut.

TOTAL KOS : Rp650k = RM202

ruka14

Setelah mendaki selama 10 minit di Bukit Sidengkeng, inilah hasilnya.

ruka15

Telaga Warna. Air danaunya yang kehijauan disebabkan penghasilan sulfur yang masih aktif di bawah dasar tasik.

ruka17

Air Telaga Warna yang kehijauan.

HARI 9

  • Pukul 4.00 pagi, memulakan pendakian ke puncak Gunung Prau.
  • Tiba di Puncak Gunung Prau (1 jam 30 minit pendakian)
  • Lepak dan tidur sebentar di puncak Gunung Prau
  • Pukul 8.00 pagi, mula turun ke starting point semula
  • Check out dari homestay
  • Melawat Candi Arjuna (Rp8k)
  • Melawat Kawah Sikidang (Rp8k)
  • Pukul 5.00 pm, bergerak ke campsite Bukit Sikunir
  • Melawat Sembungan Village, desa tertinggi di Tanah Jawa.
  • Memasang khemah dan bersiap-siap untuk tidur. (Sewa campsite = Rp10k)

TOTAL KOS : RM0 (Dah termasuk dalam pakej)

ruka18

Suasana di Gunung Prau setelah fajar mula menyinsing.

ruka19

Permandangan Gunung Sindoro dan Gunung Sumbing yang senantiasa menjanjikan permandangan yang menakjubkan buat pendaki di puncak.

ruka20

Permandangan di sekitar Kawah Sikidang.

HARI 10

  • Pukul 4.00 pagi, memulakan pendakian ke Bukit Sikunir (10 minit pendakian je)
  • Menikmati keindahan “Golden Sunrise of Sikunir.”
  • Pukul 6.30 pagi, mula turun ke campsite
  • Bersiap-siap untuk pulang semula ke Jogjakarta
  • Naik bas lompat dari Dieng ke Terminal Wonosobo, kemudian ke Terminal Magelang dan Jembor, dan akhirnya naik bas transjogja ke Jalan Malioboro (Rp60k)
  • Pukul 11.30 malam, menaiki kereta api ke Bandung (Rp165k)

*Untuk trip ke Desa Dieng, walaupun bergerak solo, aku terpaksa menggunakan khidmat supir disebabkan tak tahu banyak info berkenaan Dieng ni.

*Tapi, takde masalah kalau tak nak guna supir. Mudah je, dan ni pun baru tahu setelah pergi ke sana. Setibanya di sana, boleh sewa motor untuk 2 hari (Rp70k x 2 = rp140k). Untuk pendakian ke Gunung Prau dan Bukit Sikunir, treknya mudah je. Kalau nak sewa khemah, boleh je sewa kat sana (Rp40-60k), tapi kalau nak bawak sendiri lagi bagus.

TOTAL KOS : Rp225 = RM70

ruka21

Penulis di Sembungan Village, desa tertinggi di Tanah Jawa.

ruka22

Golden Sunrise of Sikunir.’ Antara tempat terbaik dan tercantik di Tanah Jawa buat pemburu sunrise.

ruka23

Hari terakhir di Dataran Tinggi Dieng, bersama-sama anak desa. Banyak kenangan indah yang bermakna di sini.

HARI 11

  • Tiba di Stasiun Kereta Api Bandung (kelas Ekonomi) setelah menempuh 10 jam perjalanan. Fuh. Ini gila jugak.
  • Naik ojek ke Unique GuestHouse 1, di Jalan Enche Azis. (Rp20k)
  • Check in di Unique GuestHouse 1 (Rp110k)
  • Berjalan kaki ke Pasar Baru dan membeli-belah sedikit buah tangan di sana.

*Di Indonesia, kereta api nya terbahagi kepada 3 kelas, Eksekutif, Bisnes dan Ekonomi Dinasihatkan untuk ambil kelas Bisnes dan ke atas. Jangan ambil kelas Ekonomi macam aku. Sengsara jugak lah 10 jam tu. Sakit belakang, tidur pun tak selesa. Tapi, tak salah pun nak mencuba, seronok pun ada, pengalaman baru pun ada.

*Di Indonesia, terutamanya bandar-bandar besar seperti Bandung, Jogjakarta, Surabaya dan Jakarta, Perkhidmatan Uber, Grab Car, GoJek sangat mudah. So, boleh install siap-siap apps tu kalau nak ke Indonesia.

*Di Bandung, aku dah sempat nak pergi ke wisata-wisata lain disebabkan kekangan masa, wang dan sudah kepenatan huhu. Antara tarikan wisata di bandung:

– Kawah Putih (Ciwidey)

– Floating Market

– Tangkuban Perahu. (Aku nasihatkan takyah pergi, takde ape sangat, lebih baik ke Kawah Putih je)

– Ladang Teh

– Jalan Dago (Tempat shopping)

TOTAL KOS : Rp130k = RM40

HARI 12

  • Check out Unique Guesthouse 1
  • Naik Uber ke Bandara Hussein International Airport, Bandung. (Rp25k)
  • Berangkat pulang ke KLIA 2

TOTAL KOS : Rp25k = RM8

TOTAL KOS KESELURUHAN TRIP TRANSJAVA

(Tak termasuk tiket flight, makan dan souvenier, sebab yang selebihnya tu bergantung pada nafsu sendiri lah.)

Rp 2, 196 000   = RM683

Apa-apa pertanyaan boleh pm di Facebook : Faried Adnan atau emel : fariedadnan94 [at] gmail.com dan boleh follow instagram beliau : faried_adn
Sumber : Faried Adnan
The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×