berita

Sambut Raya Dengan Koleksi Raya Hatta Dolmat, “La Dolce Von Teese”

August 1st, 2012 | by Ell | 4 comments
Kini Trending

Lebih kurang 19 hari lagi sebelum menjelangnya bulan Syawal kan? Kami pasti anda diluar sana sudah mula membeli-belah untuk persiapan raya. Tak kurang juga, pasti ada yang sudah mula menempah baju raya kan?

Kali ini, tampil dengan pengaruh dari pereka fesyen, Dita Von Teese, Hatta Dolmat telah mereka sebuah koleksi raya yang OHBULAN! rasakan, jika anda pakai ketika sedang beraya, tak mustahil para jejaka akan terus jatuh cinta.

Koleksi raya yang dipanggil “La Dolce Von Teese” ini menggunakan Tasha Shilla sebagai model dan ia membuatkan ia benar-benar kelihatan ‘vogue’ dan sesuai digayakan dimana saja. Rekaan Hatta ini masih tetap mengekalkan ciri-ciri wanita Muslim biarpun dia mengambil pengaruh rekaan pereka barat.

Jadi, kepada anda wanita diluar sana, apa tunggu lagi? Serikan raya anda tahun ini dengan rekaan dari Hatta Dolmat. Anda boleh hubungi butik Hatta melalui blog rasmi beliau, HD by Hatta Dolmat.

Ell

Ell

Editor at M Driven Sdn Bhd
A marketing student who suddenly throw himself into a world of entertainment. He start himself zero and now you can call him a hero. Wuuuu!

4 Comments

  1. nasha aqeela says:

    cantik.tapi mahal sgt laa..x mampu nk beli..

    (0)
  2. saya says:

    “tetap mengekalkan ciri-ciri wanita Muslim” … ayat kemain.main sedap je tabur…. ini bukan ciri2 wanita muslim. ciri2 pakaian wanita muslim adalah wanita berhijab, menutup aurat, pakai baju yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan dan tidak jarang serta tidak menaikkan berahi bagi sesiapa yang melihat..

    gambar di atas adalah pakaian ciri2 wanita masa kini….

    description ohbulan patot diperbaiki di masa akan datang utk mengelakkan salah paham di kalangan pembaca.

    (0)
    • Kye Classy says:

      design, baju n color mmg lawa..ciri2 wanita muslim?not really..tetap mengekalkan ciri-ciri baju kurung ke..hahaha

      (0)
  3. Vie says:

    Tak suka la dia nie ( http://bit.ly/MSkTK8 )…

    (0)