berita

[Trendsetter] Tips Menarik Untuk Gaya Mata Yang Menawan!

January 11th, 2012 | by Ell | 15 comments
Trendsetter

[Trendsetter] Tips Menarik Untuk Gaya Mata Yang Menawan!Trendsetter kali ini, OHBULAN! bakal bawakan pada anda tips-tips untuk memiliki gaya dan warna mekap yang sesuai untuk mata anda ketika menghadiri majlis makan malam ataupun keluar bersama si dia.

Terdapat banyak cara untuk anda kelihatan cantik, namun bukan senang untuk menyesuaikan sesuatu mekap itu dengan kulit anda. Apa yang penting anda mesti tahu asas dan cara-cara yang betul apabila mengenakan mekap.

Model : Shinie Sharif
Mekap & Gaya : Asnita Manshor
Foto : Adhadi Mohd

Pertama sekali, gunakan foundation mengikut kesesuaian warna kulit. Sebagai contoh, foundation jenama Kryolan Stick No. 4 & 5 digunakan ke atas wajah model dalam tutorial ini.

Kemudian sapukan loose powder dengan menggunakan brush dan ratakannya ke seluruh wajah.

[Trendsetter] Tips Menarik Untuk Gaya Mata Yang Menawan!

MATA SMOKEY EYES

Bahagikan kepada 3 bahagian (lapisan)

Lapisan pertama dimulakan dari sisi ekor mata dengan menggunakan warna hitam (Eye Gel jenama MAC) dan disapu dengan membentuk separuh bulatan di atas kelopak mata.

Lapisan kedua juga dimulakan dari sisi ekor mata dan membetuk separuh bulatan selepas warna hitam tersebut. Kali ini eyeshadow berwarna biru (Sea & Sky jenama MAC) digunakan .

Lapisan ketiga dimulakan dari arah berlawanan iaitu dari sisi yang rapat dengan hidung. Sapukan  Eyeshadow berwarna Malt/Ricepaper  jenama MAC. Blendkan dari sisi luar ke sisi dalam mata. Gelapkan lagi lapisan pertama  dan kedua dengan menggunakan adunan warna hitam dan biru.

Gunakan eyeliner gel hitam jenama MAC di atas kelopak mata dan  di bahagian bawah pula menggunakan pensel penggaris yang berwarna hitam.

[Trendsetter] Tips Menarik Untuk Gaya Mata Yang Menawan!

Kemudian, barulah kerja-kerja melukis kening dilakukan. Lukis dan bentuk kening dengan menggunakan eyeshadow pensil berwarna brown dan selepas itu gunakan berus dan sikat dari arah depan ke belakang mengikut lukisan kening tadi untuk mendapatkan bentuk kening yang cantik.

Oleh kerana teknik smokey eyes ini banyak bermain dengan pembayang mata berwarna gelap, pastikan anda menggunakan warna-warna lembut pada bahagian pipi dan bibir. Contohnya, apabila bahagian mata sudah gelap pastikan anda memilih pemerah pipi dan gincu warna merah jambu lembut atau coklat tanah.

Selain itu, jangan sesekali menyapu pembayang mata berwarna gelap di bawah mata dengan alasan untuk menampakkan mata yang lebih besar. Kerana ini akan membuatkan mata anda akan kelihatan terlalu sarat atau lebam. Cukup sekadar menggunakan penggaris mata.

[Trendsetter] Tips Menarik Untuk Gaya Mata Yang Menawan!

Bagi menampil solekan yang lebih ranggi, anda juga boleh mempelbagaikan adunan warna dengan aplikasi pembayang mata rona biru, ungu, hijau atau coklat. Misalnya, aplikasi lapisan pertama dengan ungu lembut dan diikuti lapisan kedua ungu gelap serta adunkan bersama warna hitam di ekor mata.

Mekap ini sesuai dipakai pada waktu malam ketika anda pergi makan malam bersama si dia atau majlis formal.

[Trendsetter] Tips Menarik Untuk Gaya Mata Yang Menawan!

Ell

Ell

Editor at M Driven Sdn Bhd
A marketing student who suddenly throw himself into a world of entertainment. He start himself zero and now you can call him a hero. Wuuuu!

15 Comments

  1. hehehe says:

    org yg kalo selalu meak up kalo tak meak up mk akan nampak pucat…aku sk solekan simple mcm lady diana n angelina jolie kalo yg heavy sk meak up amy lee avanescence…

    (0)
  2. aku si cantik says:

    X CNTIK PON

    (0)
  3. Fifi says:

    Tak cantik!!!

    (0)
  4. Akus says:

    mekap terlalu tebal..x sesuai nk keluar bersantai…

    (0)
  5. xkesah says:

    mcm dh xde keje plak tunjuk cara makeup kt sini… masukkan je la dlm utubue…haihhh…

    (0)
  6. Anne Shakilla says:

    Wah! Mekap ni sesuai utk dinner kan? Info yg menarik… harap dapat diperbanyakkan lagi tips2 mekap..

    (0)
  7. Zila Cute says:

    canteeekk.. smokey.. nanti nak try

    (0)
  8. bobo says:

    xcantik la.bruk

    (0)
  9. D says:

    yup.. mekap die nampak biase jer…warghh..huhu

    (0)
  10. ieda says:

    kot iye pun, tutup la jerawat before publish… licinkan sket guna photoshop… basic camni pun nak ajar ke? haiyooo… professional photographer pun guna photoshop to ensure the pic look brilliant!

    (0)
    • Lana Nordin aka Pamela says:

      I agree..carilah model elok sikit kulit muka! NI cam jalan Jinjang je…tak even..leh sakit mata tau!!! Bila lak nk keluar tips besarkan boobs lak..mesti ramai tertunggu2…

      (0)
      • Suave says:

        bukan semua orang cantik dan bersih kulit dia. Cuba tengok ramai artis popular lagi teruk kulit muka…jerawat berkerak pun ada.. bila masuk magazine, bersih jer. Tu semua pembohongan photoshop.

        Kalau untuk tutorial, kebanyakan remaja macam ini lah kulit. Kira ok lah ni. Contoh real life dan honest.

        kalau dah masuk Photoshop tu, itu bukan tutorial make up tapi tutorial photo retouching. Sekurang-kurangnya kita tahu ohbulan ni jujur, bukan pembohong macam iklan iklan make up tu.

        (0)
  11. mane-mane says:

    kot ye pon amik la model yang cantik sket, yang sedap mata memandang. Ini rambut pon sikat tak elok.alaahaiiii…xselera nye pakcik nengok

    (0)
  12. mat nor says:

    Muka tak cantik takpe, tapi jangan buruk budi bahasa.

    (0)