berita

[Trendsetter] Tips Mengayakan Fesyen Tudung Trendy Untuk Remaja

May 3rd, 2012 | by M | 20 comments
Trendsetter

Fesyen berhijab (tudung) adalah sangat simbolik dengan wanita muslimah. Namun begitu semakin hari semakin terdapat pelbagai fesyen tudung telah dipasarkan diluar sana. Terdapat pelbagai juga pengayaan tudung telah direka oleh sebahagian golongan pengikut fesyen diluar sana. Apa yg kita dapati terdapat dua jenis tudung yang dapat kita kenal pasti sekarang,iaitu jenis tudung sarung dan selendang.

[Trendsetter] Tips Mengayakan Fesyen Tudung Trendy Untuk Remaja

Dari segi pemilihan material tudung pula terdapat dari pelbagai jenis. Diantara jenis material tudung yang terdapat dipasaran adalah terdiri daripada material chiffon, satin, cotton dan juga lycra (getah). Ada juga sebahagian jenis tudung yang dihasilkan dari gabungan 2 atau lebih material kain untuk menghasilkan sejenis tudung.

Bentuk rupa paras seseorang muslimah juga adalah salah satu faktor untuk pemakaian dan pemilihan jenis tudung. Ini kerana ada sedikit kesesuaian yang boleh kita lihat dari pemilihan tudung untuk rupa bentuk paras seseorang muslimah. Oleh itu sangat penting bagi seseorang muslimah untuk mencuba serta mencari jenis tudung atau selendang yang bersesusaian digayakan oleh individu tersebut.

Bagi fesyen tudung sarung kebiasaannya ia lebih sesuai digayakan bagi seseorang muslimah yang telah meningkat dewasa. Contohnya, ia lebih bersesuaian digayakan oleh kaum ibu dan juga wanita yang berusia bermula dari lingkungan 30an. Namun begitu fesyen selendang pula ia lebih bersesuaian jika digayakan oleh anak-anak belasan tahun dan golongan remaja. Kerana ia akan lebih tampak sesuai dengan imej ceria dan keremajaan.

[Trendsetter] Tips Mengayakan Fesyen Tudung Trendy Untuk Remaja

Pemilihan warna juga memainkan peranan yang penting bagi pengayaan tudung. Ada yang mengikut kesesuaian warna kulit untuk pemilihan warna tudung. Namun ada juga pemilihan warna tudung dibuat mengikut kepadanan warna pakaian yang bersesuaian ketika masa itu. Sebahagian juga memilih warna tudung mengikut situasi. Contohnya, mengayakan tudung yang berona terang untuk situasi yang ceria manakala mengayakan rona tudung yang lembut dan pastel pada waktu santai.

Pengayaan tudung juga harus disesuaikan dengan faktor situasi tempat. Contohnya, pemilihan corak yang lebih abstrak akan digayakan ketika beriadah atau berkunjung ke pusat beli belah. Sebaliknya pula pemilihan tudung dengan corak yang lebih ringkas atau tidak bercorak akan digayakan ke pejabat dan majlis-majlis lebih formal.

[Trendsetter] Tips Mengayakan Fesyen Tudung Trendy Untuk RemajaTudung yang semakin banyak dihasilkan dipasaran pula boleh didapati dibanyak tempat antaranya di pasar raya, pusat beli belah, pasar malam, kiosk kecil dan terbaru kita boleh mendapatkannya melalui pembelian menerusi online. Pembelian menerusi online biasanya boleh kita dapati melalui penjualan di Facebook dan juga di banyak blogspot.

Mengenai penjenamaan juga banyak kita boleh dapati di pasaran sekarang. Diantara jenama yang ada di Malaysia ini antaranya jenama tudung Ariani, tudung Fareeda, tudung Hajaba, tudung Ratu dan pelbagai lagi. Tidak terkecuali juga tudung yang dihasilkan dengan pelbagai penjenamaan dari pihak peniaga sendiri.

Fesyen bertudung juga telah dapat diterima oleh serata dunia namun ia telah menjadi satu ikon dan tuntutan Islam buat golongan muslimah sejak dulu lagi. Fesyen bertudung bukan la lagi menjadi perkara yang asing pada industri fesyen kita sekarang kerana ia juga telah setaraf dengan fesyen pakaian yang sedia ada dan juga kelengkapan diri kita yang lain.

Nota: Gambar sekadar hiasan, sumber Google.com.

M

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

20 Comments

  1. PondanSepi says:

    Bagi aku Tudung Bawal juga yg cantik!

    (0)
  2. chapa says:

    pada pendapat saya tudung sarung boleh juga digayakan oleh para remaja or bwh 30-an dan selendang pulak boleh juga digayakan oleh org 30-an ke atas… :)

    (0)
  3. taniesya-falisha says:

    ha ah…byk sgt fesyen tudung skrg nih….tp kadang2 ada yg xsesuai dipakai…ape yg penting menutup aurat…..jgn kerana trlalu brfesyen smpai maksud sebenar brjilbab, brhijab disalah erti plak…cuma tgk pesyen tudung mcm link kt bwh…ok gak..

    http://www.facebook.com/pages/KhaiSarra/213923562018951

    (0)
  4. forever21 says:

    Walau umur dah meningkat, peduli apa dengan fesyen tudung yang sesuai untuk remaja. Kita pakai jer…kan forever 21. napelah zaman kita muda dulu fesyen nie tak ader. so aper lagi…mak diluar saner yang teringin nak melawa. cuba jer. kalau tidak meleleh air liur….

    (0)
  5. mrbee says:

    Salam,

    Sepertinya takwa kepada Tuhan itu sudah dikelirukan dgn memakai tudung. Ada juga saya melihat yg memakai tudung tapi punggung belakangnya terdedah sehingga menampakkan G-String, dan pelbagai lagi yg bercanggah dgn fahaman pakaian yg baik.

    Jgn dikelirukan antara fesyen dgn takwa.

    (0)
  6. maira says:

    Sekarang ni, ramai yang bertudung tetapi x menutup Aurat. Renung-renungkan…

    (0)
    • Budak X-U says:

      Sekarang ni dah zaman fesyenbertudung tutup2 litup berlilit2 kat atas tapi bukak2 dan ketat2 kat bahagian bawah…baru ni panggil fesyen! Bertudung2 tapi duduk lepak kat mane2 spot pegang2 gosok2 gesel2 raba2 couple masing2…and that the fact! Bertudung untuk???? Ex aku sendiri je 8 out 10 yg pakai tudung litup ikut fesyen2 sekarang, but yet aku dah bawak msuk bilik tido senang2 je…bukan bangga tapi that the reality! Org lelaki sekarang punye game is to tackle awek2 bertudung yg cun2 cantik2 dan berbody sedap lalu tengok sejauh mane mereka sanggup mempertahankan pemakaian tudung mereka….

      (0)
  7. tudung says:

    KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

    KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

    KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.

    KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

    KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.

    KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

    KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

    KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

    KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

    Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

    “Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.” (an-Nur: 31)

    (0)
    • Glamour says:

      info yg bagus,tepat& padat..thanks cos kongsi…

      (0)
    • Bangla jual tudung says:

      Kakak, saya setuju cakap kakak tu tapi pasal dada tu biarlah…kasi lah kami cuci mata sikit. Nanti boringlah keje saya…..sharing is loving kan??? Kalau dada sudah cukup cantik jgn kedekut tunjuk orang…barang kalau dah besar mane nak sorok akakkk???! Lagi disorok lagi buat orang gerammmmm…tutup pun org tau besar.

      (0)
      • wanita says:

        kepada komen dari bangla jual tudung yang memberi komen sebegini =
        ‘Kakak, saya setuju cakap kakak tu tapi pasal dada tu biarlah…kasi lah kami cuci mata sikit. Nanti boringlah keje saya…..sharing is loving kan??? Kalau dada sudah cukup cantik jgn kedekut tunjuk orang…barang kalau dah besar mane nak sorok akakkk???! Lagi disorok lagi buat orang gerammmmm…tutup pun org tau besar.”
        saya sgt bersimpati atas diri anda.. akal yg ada biar di manfaatkan ke jalan yang benar.. jika anda adalah lelaki islam..anda pasti memperjuangkan tuntutan agama kita.. tapi anda tidak berbuat demikian.. semoga tuhan merahmati anda..

        (0)
  8. titot.. says:

    xkisah lah nk pakai tudung mcm ner skeali pun janji tutup aurat..tp yg dek marah nie..tutup kepala tp pakai baju sendat2 seluar ketat2…pada aku baik xpayah pakai..sedey aku tngk…

    (0)
  9. milah says:

    tak masuk akal betul benda ni.. siapa2 pun bole pakai apa tudung yg dia nak pakai.. alakan MENUTUP AURAT… paham x maksud menutup aurat..? Mesti labuh menutupi dada. xnampak rambut dan tak berfesyen yg bukan2 mcm sekarang nie…

    (0)
  10. hihi says:

    da macam rope badut aku nengok yg pic bawah belah kiri tuh ha..

    (0)