berita

Tulang Hidung & Rusuk Isteri Pernah Patah Ditumbuk Awie

April 23rd, 2015 | by Ai
Isu & Kontroversi

awierozana

Nampaknya pergolakan rumahtangga antara Awie dan isterinya, Rozana Misbun masih belum menemui titik penyelesaian.

Terbaru, melalui laporan mStar Online, Rozana memberitahu Mahkamah Majistret bahawa Awie pernah menumbuk mukanya bertubi-tubi di kediaman mereka yang terletak di Ukay Perdana pada 2 Jun lalu.

Awie Tendang Bahagian Rusuk Kiri & Pijak Badan

Rozana

Kata Rozana, perselisihan faham berlaku apabila Awie menuduh dia mengambil wang tanpa kebenaran sebelum bertintak mencederakan dirinya.

Ketika kejadian, berlaku perselisihan faham di antara kami di dalam bilik pembantu rumah kami selepas dia menuduh saya menggunakan wangnya tanpa kebenaran.

Saya menjelaskan wang berkenaan digunakan untuk perbelanjaan keluarga namun dia tidak percaya sebelum menumbuk wajah saya bertubi-tubi terutama pada bahagian hidung.

Hayun Guna Monopod

Screen Shot 2015-04-23 at 8.38.52 AM

Selain itu, Rozana mendakwa Awie turut menghayun monopod kearah telinga kirinya sehingga batang berkenaan patah tiga.

Saya ketika itu duduk di sofa dan dia tendang muka saya sekali lagi dan darah mengalir keluar dari hidung.

Saya merayu kepadanya supaya menghentikan perbuatannya itu namun dia mengambil kayu ‘monopod’ dan menghayun ke bahagian kiri telinga saya dan batang berkenaan patah tiga.

Ketika itu baharulah dia berhenti memukul saya dan memberi sapu tangannya untuk mengelap darah yang keluar.

Kami dengar, akibat dari pukulan bertubi-tubi itu, Rozana mendapati hidungnya retak dan dua tulang rusuk kirinya patah.

Rozana Pukul

Hmm, jika benar apa yang dikata ini, kasihan kami atas nasib yang menimpa Rozana. Tapi, kami belum dengar keterangan dari pihak Awie.

Agak-agaknya, apa sebenar yang telah terjadi ya?

SKIP THIS AD ×