berita

Tunang Cemburu Punca Zayn Malik Tinggalkan One Direction?

March 26th, 2015 | by Ai
Hollywood

tumblr_m7vqyu3rir1rt3fn2

Memang sesuatu yang amat mengejutkan apabila salah seorang anggota One Direction yang popular, Zayn Malik mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulan itu selepas lima tahun mereka bersama.

Siapa tak terkejut? Rasanya nama Zayn Malik memang dah cukup signifikan dengan kumpulan tersebut, malah kebanyakan peminat lebih mengenali Zayn berbanding ahli-ahli yang lain.

Tapi apa yang membuatkan Zayn berundur? Tak takut populariti jatuh ke?

Sebab Nak Jadi Remaja Yang Normal

zayn-malik-birthday-2014-lip-suck

Kehidupan saya bersama One Direction adalah melebihi daripada apa yang saya bayangkan selama ini.

Tetapi selepas lima tahun, saya merasakan sekarang adalah masanya untuk saya meninggalkan kumpulan ini. Saya mahu memohon maaf kepada para peminat sekiranya mengecewakan mereka, tetapi saya perlu lakukan apa yang saya rasakan perlu.

Saya mengundurkan diri kerana saya mahu menjadi seorang remaja berusia 22 tahun yang normal yang boleh tenang dan mempunyai masa sendiri daripada perhatian umum.

Saya tahu saya mempunyai empat sahabat dalam kehidupan pada Louis, Harry, Liam dan Niall. Saya tahu mereka akan meneruskan sebagai kumpulan penyanyi terbaik di dunia.

Tapi Sebenarnya…. Tunang Jealous?

297833_zayn_malik_perrie_edwards

Zayn Malik dan tunangnya, Perrie Edwards

Menurut laporan BBC, Zayn telah meninggalkan kawan-kawannya dan tak jadi membuat persembahan pada konsert jelajah di Thailand kerana tertekan dengan masalah percintaan bersama tunangnya, Perrie Edwards.

Difahamkan, Zayn terpaksa pulang ke UK serta merta selepas dipaksa untuk memulihkan hubungannya dengan Perrie.

26C6213100000578-3011374-Making_amends_Zayn_publicly_apologised_after_being_pictured_with-a-29_1427306219843

Terdahulu, dua keping foto telah tersebar menunjukkan Zayn sedang berpeluk dan berpegangan tangan dengan gadis lain di Phuket, Thailand.

26C700AC00000578-3011374-What_s_going_on_The_pair_held_hands_outside_the_nightclub_Seduct-a-31_1427306587272

Zayn Mahu Cepatkan Perkahwinan Selepas Kantoi

Perrie-Edwards-and-Zayn-Malik

Menerusi laporan Hollywood Life pula, Zayn kini dikatakan mahu mempercepatkan perkahwinannya dengan Perrie untuk membuktikan komitmen dan kesetiaan terhadap tunangnya itu.

Agak-agaknya para gadis yang meminati Zayn akan bergembira atau sedih jika Zayn berkahwin dalam usia yang muda?

Zayn Punca Ramai Gadis Meraung

Selepas berita mengenai pengunduran Zayn dari One Direction tersebar, ramai gadis yang tak dapat menahan kesedihan mereka. Wow!

Bertabahlah adik-adik. Buat peminat Zayn di Malaysia, jangan bersedih, Zain Saidin dan Anuar Zain kan masih ada. Hehe!

SKIP THIS AD ×