berita

Twin Towers @Live 2013 : Backstreet Boys Turun Malaysia, Sertai Demi Lovato

February 27th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Backstreet Boys (Photo 2)

Sebelum anda semua menjerit kegembiraan, terlebih dahulu OHBULAN! ingin memberitahu bahawa pihak penganjur telah mengesahkan bahawa kumpulan k-pop Rainbow dan Girls Day tidak dapat menyertai konsert “Twin Towers @Live” untuk tahun ini (2013).

Senarai artis antarabangsa yang sepatutnya dibarisi oleh Demi Lovato, U-Kiss, Rainbow dan Girls Day kini telah pun berubah. Masih mengekalkan Demi Lovato dan kumpulan U-Kiss, pihak penganjur kemudiannya telah menggantikan Rainbow dan Girls Day dengan artis yang lebih popular iaitu kumpulan Backstreet Boys dan juga IU.

OHBULAN! pasti, kehadiran Backstreet Boys pasti akan mengimbau kenangan para peminat diluar sana, kan? Kesemua mereka akan beraksi di Plaza KLCC, Menara Berkembar Petronas pada 22 & 23 March ini.

IU (Photo 2)

Turut sama memeriahkan konsert percuma Twin Towers @Live 2013 yang diadakan setiap tahun ini ialah Mizz Nina, Caprice, Atilia dan juga K-Town Clan.

Anda boleh layari laman Facebook rasmi Twin Towers @Live 2013 untuk maklumat lanjut!

SKIP THIS AD ×