
Tidak dapat dipastikan apakah status hubungan mereka sekarang, namun kecoh hari ini apabila Nazmi Faiz yang mempunyai lebih 30 ribu pengikut Twitter telah menulis status menuduh kekasihnya, Tengku Fiella sebagai penipu dan ‘pisau cukur’.
Bagi yang tidak tahu, pada pertengahan tahun lepas, Tengku Fiella dan Nazmi Faiz telah disahkan bercinta apabila mereka berdua saling berbalas mesej romantik di laman Facebook. Namun hari ini, akaun Twitter Nazmi telah menarik perhatian ramai peminat sehingga menimbulkan pelbagai pertanyaan.


Apa yang lebih memeranjatkan ialah sebuah lagi mensi yang dihantar kepada seorang selebriti, Johan A’sari, apabila dia seakan-akan diberi amaran. Apakah kaitan diantara Johan pada Nazmi dan juga Tengku Fiella?
Walau bagaimana pun, pemain bola sepak yang bermain untuk S.C Beira Mar (Liga Primeira, Portugal) ini telah menarik balik kenyataannya serta memadam status yang ditulis. Dia kemudian meminta maaf dan menjelaskan bahawa ada pihak yang telah menggodam akaun Twitter dan cuba mensabotajnya.

Jadi, kepada pengguna Twitter, berhati-hatilah walau dimana saja. Pastikan akaun laman sosial anda juga sentiasa dilog keluar.





![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)