berita

Ubah Konsep Muzik Lagi, Coldplay Pukau Peminat Guna Kuasa ‘Magic’ Pula

March 7th, 2014 | by Ai
Hollywood

coldplay

Sejak kali terakhir mempromosikan album kelima berjudul Mylo Xyloto pada 2011, kumpulan rock alternatif terkenal, Coldplay berjaya mencipta fenomena tersendiri apabila album tersebut telah terjual sebanyak 908 ribu salinan di UK.

Dijangka bakal mengulangi kejayaan yang sama, Coldplay kini kembali dengan album terbaru dan memperkenalkan single berjudul Magic sebagai pertaruhan mereka.

Biarpun muzik video untuk lagu berkenaan masih belum dilancarkan namun audionya sahaja sudah cukup membuatkan pendengar terpukau dengan alunan muzik dan suara lunak Chris Martin yang cukup menenangkan.

Senang cerita, sekali dengar sahaja terus kuasa magik yang cuba ditonjolkan kumpulan ini meresap ke dalam diri pendengar menerusi liriknya yang penuh dengan makna tersendiri.

Screen Shot 2014-03-06 at 21.41.06

Album keenam yang diberi judul Ghost Stories itu mengetengahkan konsep tipikal pop romantik bagi mewujudkan mood sensual dan mudah didengari di kalangan peminat.

Selain daripada Magic, Ghost Stories juga memuatkan lapan buah lagu lagi termasuklah Midnight, Always In My Heart, Ink, True Love, Another’s Arms, Oceans, A Sky Full Of Stars dan O.

Untuk pengetahuan anda, Coldplay hanya akan melancarkan buah tangan terbaru mereka ini pada 19 Mei 2014 namun peminat boleh mula membuat pra-pesanan di iTunes untuk mendapatkannya. Apapun jom dengarkan lagu Magic di bawah ini dan hayati muziknya. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×