berita

Ucap Tahniah Pada Dato LCW Di FB, Gadis Ini Jadi Viral Lagi Kerana Memiliki Wajah Seiras!

August 22nd, 2016 | by Ai
Kini Trending

chong1.1

Kisah jaguh badminton negara Dato’ Lee Chong Wei (LCW) memenangi pingat perak dalam acara perseorangan badminton Olimpik Rio 2016 mengundang pelbagai reaksi, bahkan dipenuhi dengan bermacam cerita. Bermula dengan surat terbuka Lin Dan kepada beliau yang dikatakan palsu hingga semuanya seakan terpedaya dengan viral yang dilakukan, kutukan dan penghargaan, headline akhbar perdana yang bersifat negatif dan sebagainya.

Itulah kuasa viral zaman teknologi ni. Pantang je baca, mesti nak share bagai. Lumrah manusia, berkongsi perkara yang baik untuk dicontohi, yang buruk untuk dihindarkan. Kan? Kali ni, kami nak share pasal ‘kembar’ Dato’ LCW iaitu Ika Syazwani. Bukan kembar betul pun, tapi muka mereka seiras. Jom baca!

Tahniah kembar saya!

Screen Shot 2016-08-22 at 3.29.17 PM

Bermula dengan status ini, Ika Syazwani sekali lagi menjadi viral di laman sosial kerana wajahnya yang mirip sangat dengan Dato’ Lee Chong Wei. Memang kalau tengok saling tak tumpah macam Dato’ LCW. Apapun, jelas membuktikan Ika bukan memuatnaik post begini untuk diviralkan. Dia sama seperti kita yang bersemangat dan bangga dengan kejayaan Dato’ LCW yang merangkul pingat perak di Olimpik Rio.

Gambar seiras Dato’ LCW

chong2

chong3

chong4

Ini antara gambar yang dimuatnaik Ika di FB miliknya. Saling tak tumpah macam Dato’ LCW. Kalau dilihat pada gambar-gambarnya, pelajar tahun akhir ijazah sarjana muda jurusan Sains Matematik & Statistik di Universiti Utara Malaysia ni memang seorang yang aktif, ‘gila-gila’ dan mesra. Terbaik!

Antara komen netizen di FB

Screen Shot 2016-08-22 at 3.38.38 PM

Screen Shot 2016-08-22 at 3.38.50 PM

Screen Shot 2016-08-22 at 3.39.26 PM

Screen Shot 2016-08-22 at 3.39.42 PM

Sumber: FB Ika Syazwani

SKIP THIS AD ×